Harian Metro

‘dialah hero paling layak’

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Ji Sub tampil sebagai perisik dalam drama Terius Behind Me selepas 2 tahun tidak muncul di TV

Peminat setia So Ji Sub pasti teruja menanti drama bersiri baru lakonannya selepas dua tahun tidak muncul di televisyen.

Pelakon berusia 40 tahun ini akan beraksi sebagai perisik bernama Kim Bon dalam drama terbitan MBC, Terius Behind Me.

Turut berganding dengan Ji Sub dalam drama arahan Park Sang Hun itu ialah Jung In Sun.

Ia mengisahka­n seorang ejen risikan menghilang­kan diri selepas gagal dalam misi yang digalasnya.

Jalan cerita nukilan penulis Oh Ji Young ini semakin menarik apabila suami jirannya terbabit dalam satu konspirasi.

Bercerita mengenai karya itu, Ji Young mendedahka­n dia teringat Ji Sub sewaktu menulis sinopsis skrip.

“Sebagai penulis, saya bersyukur apabila Ji Sub menerima watak ini. Dalam kepala saya dialah hero paling layak untuk watak Kim Bon,” katanya.

Menurut penulis itu, dia membayangk­an situasi dihadapi sekiranya berjiran dengan seorang jejaka tampan di pangsapuri sama.

“Saya terfikir mesti seronok ada lelaki seperti itu tinggal di kejiranan yang sama. Lelaki misteri yang muncul seperti vitamin dalam hidup wanita pertengaha­n usia dan di situlah drama bermula.

“Asas cerita ini dilengkapk­an dengan beberapa wanita pertengaha­n usia memerhati lelaki berkenaan dari kediaman mereka, menerusi kafe dan ruang sembang media sosial. Ia dihangkatk­an lagi dengan konspirasi,” katanya.

Sementara itu Ji

Sub memberitah­u tertarik dengan naratif Terius Behind Me yang menggabung­kan aksi dan komedi.

“Drama bertemakan risikan ini berbaloi ditonton kerana sarat dengan babak mendebarka­n dan aksi,” katanya.

Ujar Ji Sub, watak lain yang memaparkan sikap ceria dan bertenaga membuatkan dia berminat menerima tawaran membintang­i drama itu.

“Saya mahu pilih drama yang boleh buat penonton gembira dan ceria.

“Kim Bon seorang yang terlampau serius terhadap semua perkara dan sentiasa melakukan yang terbaik.

“Pertemuan Kim

Bon dengan Go Ae Rin menimbulka­n pelbagai pengalaman dan situasi lucu serta pahit manis, sekali gus mengubah dia menjadi seperti individu yang lebih santai,” katanya.

Terius Behind Me akan bersiaran di saluran MBC mulai Khamis ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia