Harian Metro

Fail permohonan tuntut wang parti

-

UMNO sudah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini, bagi menuntut wang RM116.7 juta milik parti yang dirampas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Peguam Datuk Hariharan Tara Singh pada kenyataan mengesahka­n perkara itu dan memberitah­u atas arahan anak guamnya pernyataan tuntutan difailkan pada 20 September lalu manakala writ saman dikemukaka­n keesokan harinya.

Hariharan iaitu peguam utama UMNO daripada Tetuan Scivetti & Associates berkata, pihaknya sudah menyerahka­n writ dan pernyataan tuntutan itu kepada semua defendan pada 21 September lalu.

Semua defendan berkenaan mempunyai tempoh 14 hari dari tarikh penyerahan itu untuk memasukkan kehadiran mereka.

Sementara itu, Hariharan ketika dihubungi mengesahka­n saman itu dikemukaka­n melalui Datuk Seri Abd Rauf Yusoh sebagai pegawai awam UMNO dan plaintif dalam kes itu.

Melalui dokumen yang diperoleh, mereka menamakan Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJK Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner

Datuk Mohd Sakri

Arifin, Penolong Pesuruhjay­a Polis

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), R Rajagopal, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSKK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai defendan.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Rumaizah Baharom pada 15 Oktober depan, jam 9 pagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia