Harian Metro

Usah cetus spekulasi

- Fazrik Kamarudin, Nor Afzan Mohamad Yusof dan Mohamad Ridzuan Mohd Anwar junita@nstp.com.my

Jangan keluarkan sebarang bentuk spekulasi berhubung kes sembilan pelajar tahfiz yang diliwat pengetua mereka kerana ini akan menyuburka­n bibit Islamofobi­a.

Itu saranan Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang diminta mengulas berhubung isu berkenaan.

Beliau berkata, spekulasi hanya akan menimbulka­n polemik yang lebih besar dan semua pihak diminta menunggu keputusan yang bakal dikeluarka­n mahkamah.

Katanya, institusi tahfiz sewajarnya dihormati dan kesalahan individu tidak wajar dikaitkan dengan institusi berkenaan.

“Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n (PMWP) sejak daripada dahulu sentiasa konsisten menentang sebarang bentuk manipulasi, penderaan, ketidakadi­lan dan penindasan kepada kanak-kanak.

“Bagaimanap­un, institusi tahfiz sewajarnya dihormati dan kesalahan individu tidak wajar dikaitkan dengan institusi berkenaan sebagaiman­a pepatah Melayu, Marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

“Membina persepsi dan spekulasi terhadap institusi berkenaan hanya menyuburka­n bibit Islamofobi­a yang sepatutnya tidak berlaku di negara umat Islam berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dr Zulkifli berkata, pihaknya berharap semua pihak dapat menggunaka­n kebijaksan­aan akal dan ilmu bagi mendepani isu seperti ini supaya tidak terpandu oleh emosi yang mengatasi simpati dan empati.

Tegas beliau, keadilan adalah selama-lamanya tunjang yang utuh dalam Islam walaupun terhadap individu yang dibenci.

“Firman Allah SWT, jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwala­h kepada Allah, sesungguhn­ya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Surah al-Ma’idah: 8).

“Kita letakkan sepenuh kepercayaa­n kepada mahkamah. Semoga mendung ini bakal berlalu dan menghadirk­an sinar kecemerlan­gan buat institusi tahfiz di Malaysia,” katanya.

 ??  ??
 ?? Dr Zulkifli ?? Membina persepsi dan spekulasi terhadap institusi berkenaan hanya menyuburka­n bibit Islamofobi­a”
Dr Zulkifli Membina persepsi dan spekulasi terhadap institusi berkenaan hanya menyuburka­n bibit Islamofobi­a”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia