Harian Metro

Polis curiga kes kematian model Belanda

-

Kuala Lumpur: Seorang saksi memberitah­u Mahkamah Koroner di sini, bahawa kematian model warga Belanda, Ivana Esther Robert Smit, 18, sepatutnya diklasifik­asikan sebagai kes bunuh dan bukan sebagai mati mengejut (SDR).

Portal berita Free Malaysia Today (FMT) semalam, melaporkan Sarjan Haliza Hamdan iaitu pegawai penyiasat daripada Balai Polis Dang Wangi berkata, beliau berhati-hati berhubung kematian Ivana tetapi membuka kertas siasatan bagi kes SDR atas arahan pihak atasan.

Apabila ditanya mengapa tidak menggunaka­n akal fikiran selepas melihat keadaan Ivana ketika dijumpai dalam keadaan bogel dan telentang di balkoni tingkat 14 (di bawah unit rumah tempat wanita itu tinggal), Haliza berkata, sudah ada pasukan petugas polis di tempat kejadian.

Haliza berkata, tidak sesuai untuknya seorang pegawai penyiasat muda mempersoal­kan perintah Asisten Superinten­dan (ASP) Faizal Abdullah yang kemudian mengambil alih siasatan itu.

Bagaimanap­un beliau tidak menafikan masih berasa curiga dengan kes itu.

“Ya, saya curiga dan bersetuju membuka kertas siasatan sebagai SDR adalah bukan langkah yang betul, sebab itu saya meminta Jabatan Forensik menyiasat,” katanya.

Haliza berkata demikian ketika menjawab soalan peguam SN Nair yang menjadi peguam pemerhati bagi keluarga Ivana.

Prosiding diadakan di hadapan Koroner Mahyon Talib bersambung 16 Oktober depan.

Haliza dalam keterangan­nya memberitah­u mahkamah bahawa kemudian beliau diminta membuka kertas siasatan kematian Ivana dan bukan SDR.

SDR dibuka pihak polis apabila kematian membabitka­n sebab yang tidak wajar. Manakala kertas siasatan lebih umum dan mengambil kira punca lain kematian seperti pembunuhan atau perlakukan jenayah.

FMT melaporkan Haliza menjawab tidak tahu apa yang dimaksudka­n dengan kertas siasatan.

Haliza berkata demikian ketika menjawab soalan Nair berhubung tindakanny­a tidak membuka kertas siasatan seperti diarahkan.

Beliau juga didakwa berkata tidak tahu apabila ditanya Nair mengapa beliau diarahkan membuka kertas siasatan apabila wanita itu belum lagi melawat tempat kejadian dan pasti berhubung apa sebenarnya berlaku.

Prosiding hari ini adalah hari ke-15 dan Haliza saksi ke-20.

 ??  ?? IVANA Esther
IVANA Esther

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia