Harian Metro

‘Itu rakaman program TV’

- Ahmad Rabiul Zulkifli cnews@nstp.com.my

„ Ustaz Zek kesal dikecam netizen gara-gara video dirakam merungkai misteri Jalan Seelong

“Video ini dirakam pada 2016 ketika menjalanka­n rawatan perubatan untuk merungkai misteri di Jalan Seelong, Johor. Saya bukan mahu meraih populariti seperti dakwaan pihak tertentu sehingga menjadi bahan kecaman netizen di laman sosial.”

Demikian luah Pengasas Pusat Perubatan Islam Al-Haq Zek Menyingkap Tirai Ghaib, Zek Ayry Khan yang menjadi mangsa kecaman netizen selepas didakwa cuba mencari publisiti dan populariti susulan video rawatan dijalankan­nya tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Video berdurasi lima minit yang dirakam pada 21 Ogos 2016 itu memaparkan Zek Ayry yang dikenali sebagai Ustaz Zek menjalanka­n ‘tugas’ untuk merungkai misteri Jalan Seelong yang kerap berlaku kemalangan menggunaka­n ilmu dimilikiny­a.

Video berkenaan menjadi tular sehingga dikongsi 22,000 kali di Facebook (FB) dan mendapat reaksi negatif daripada netizen.

Zek Ayry berkata, dia terkilan dengan sikap netizen yang terlalu cepat memberi tanggapan negatif sehingga tergamak melemparka­n pelbagai tohmahan dan fitnah kepadanya, kononnya kaedah perubatan dijalankan itu menjurus kepada amalan syirik.

“Sudah 16 tahun saya bergiat dalam amalan perubatan Islam dan apa yang dijalankan untuk membantu golongan bermasalah berkaitan penyakit misteri dan gangguan jin.

“Rakaman rawatan yang tular itu dirakam untuk Program Menyingkap Tirai Ghaib bagi siaran televisyen dan bukan sengaja dirakam bagi mencari publisiti atau tujuan tertentu seperti yang didakwa.

“Video itu mungkin diambil dari YouTube dan kemudian diringkask­an sebelum tular di media sosial.

“Jika diikutkan, video penuhnya berdurasi 15 minit. Justeru, apabila video ini diringkask­an ia tidak memberi gambaran sebenar sehingga menimbulka­n fitnah,” katanya.

Beliau berkata, sudah banyak jalan dan lebuh raya yang dikatakan mempunyai masalah gangguan makhluk ghaib diselesaik­an dengan ilmu perubatan Islam dimilikiny­a.

“Sebelum ini, di Kilometer 77 dari Johor ke Mersing dan Jalan Pontian Lama, Johor pernah menjalani rawatan sama kerana masalah gangguan sehingga berlaku banyak kemalangan maut, tetapi rakaman rawatan di situ tidak menjadi tular. “Saya juga banyak menerima undangan daripada pelbagai pihak untuk menyelesai­kan masalah sama dan penyakit berkaitan gangguan di seluruh negeri selain Singapura, Indonesia dan Brunei dengan bantuan antara 10 hingga 30 sukarelawa­n.

“Amalan perubatan seperti ini tidak pelik kerana sehingga kini ia sudah banyak merungkai dan menyelesai­kan banyak misteri dialami masyarakat,” katanya yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Iman Heart.

Beliau berharap kecaman dan tohmahan dilemparka­n kepadanya dihentikan kerana ia secara tidak langsung memberikan imej yang tidak baik terhadap Pusat Rawatan Islam yang dikendalik­annya.

 ??  ?? RAKAMAN video Ustaz Zek menjalanka­n rawatan merungkai misteri di Jalan Seelong yang tular di Facebook.
RAKAMAN video Ustaz Zek menjalanka­n rawatan merungkai misteri di Jalan Seelong yang tular di Facebook.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia