Harian Metro

Saman SPRM larang jumpa peguam

- Safeek Affendy Razali cnews@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 26 Oktober depan untuk keputusan saman pemula oleh bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid terhadap Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Saman itu berhubung tindakan SPRM yang tidak membenarka­n Hasanah berjumpa dan berunding dengan peguam ketika direman berhubung siasatan salah guna kuasa dan penyelewen­gan dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Hakim Datuk Nordin Hassan menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak di sini.

Terdahulu peguam Datuk Shaharudin Ali yang mewakili Hasanah berhujah bahawa tindakan SPRM menghalang anak guamnya daripada berjumpa mereka tidak berperlemb­agaan.

Menurutnya, Fasal 5(3) dan Fasal 8 Perlembaga­an Persekutua­n menjelaska­n setiap individu yang ditahan mempunyai hak berjumpa dengan peguam mereka.

“Peguam Negara Tommy Thomas sendiri sedih jika mengetahui ada anak guam dinafikan hak mereka untuk berjumpa peguam.

“Memang benar saya dibenarkan berjumpa dengan anak guam tetapi hanya sekejap. Hanya lima minit, itu bukan rundingan guaman malah kami diiringi pegawai SPRM,” katanya.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutua­n Norzilati Izhani Zainal @ Zainol berhujah dakwaan peguam tidak dapat berjumpa dengan Hasanah adalah tidak benar.

Menurut beliau, tiada hak yang dinafikan oleh itu, pihaknya memohon mahkamah menolak permohonan itu dengan kos.

Bukit Aman diintip? Itu persoalan yang timbul apabila satu dron ditemui tidak jauh dari bangunan kompleks Cawangan Khas, Bukit Aman, di sini, Rabu lalu.

Ia ditemui pekerja kantin Cawangan Pengangkut­an Kem Komandan Bukit Aman jam 8.30 pagi sebelum memaklumka­n kepada pegawai polis yang bertugas di Cawangan Pengangkut­an.

Penemuan itu kemudian dilaporkan kepada Polis Daerah Dang Wangi.

Berdasarka­n maklumat awal, dron itu ditemui terlangkup di atas tanah kawasan pekarangan kantin Bukit Aman yang terletak berhampira­n kompleks Cawangan Khas.

Ketika ini siasatan lanjut masih dijalankan bagi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia