Harian Metro

Kekejaman berterusan

-

Kpenduduk Palestin berterusan apabila Mahkamah Tinggi Israel mengizinka­n rejim Zionis untuk meruntuh dan merampas kawasan perkampung­an Khan Al-Ahmar yang terletak di Jerusalem Timur.

Tindakan kejam itu dikutuk sekeras-kerasnya oleh Yayasan MyAQSA kerana seolah-olah ingin merosakkan pelan perdamaian yang ditandatan­gani sendiri iaitu Perjanjian Damai Oslo.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Dr Noorazman Mohd Samsuddin berkata, tindakan rejim Zionis ini adalah satu pelanggara­n haram untuk terus memusnahka­n etnik Palestin dan perkampung­an mereka.

Katanya, Mahkamah Tinggi Israel menolak rayuan penduduk secara rasmi pada 23 September lalu dan memberi tempoh tujuh hari untuk penduduk mengosongk­an tempat tinggal mereka.

“Pihak Israel mengeluark­an notis supaya penduduk Khan Al-Ahmar meroboh dan memusnahka­n rumah serta sekolah mereka sendiri sebelum 1 Oktober ini.

“Tindakan jahat rejim Zionis ini adalah untuk meluaskan lagi dua kawasan penempatan haram Israel, iaitu Maale Adumim dan Kfar Adumim yang jelas melanggar Resolusi 2334 Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan Perjanjian OSLO pada tahun 1993,” katanya pada kenyataan kepada BH semalam.

Khan Al-Ahmar adalah sebuah perkampung­an Palestin yang terletak beberapa kilometer dari dua kawasan besar penempatan haram Israel di Jerusalem.

Justeru, menerusi MyAQSA, beliau menyeru kepada seluruh rakyat negara ini, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk kerajaan Malaysia mengutuk dan bersama-sama membuat bantahan terhadap pemusnahan sebuah perkampung­an yang sempurna oleh Israel.

“MyAQSA turut menyeru agar satu tindakan di peringkat antarabang­sa diambil oleh Malaysia untuk mencabar pencabulan Resolusi 2334 dan perjanjian damai di antara Palestin dan Israel di peringkat antarabang­sa.

“Sekiranya perkara ini dibiarkan maka rampasan tanah dan penghapusa­n etnik oleh rejim Zionis ini akan direalisas­ikan dalam rancangan jahat mereka iaitu membina Israel Raya (Greater Israel) yang jelas melanggar undang-undang antarabang­sa dan hak-hak asasi manusia,” katanya.

„ Mahkamah Tinggi Israel izin rejim Zionis rampas perkampung­an Khan Al-Ahmar

 ?? Dr Noorazman ?? Pihak Israel mengeluark­an notis supaya penduduk Khan Al-Ahmar meroboh dan memusnahka­n rumah serta sekolah mereka sendiri”
Dr Noorazman Pihak Israel mengeluark­an notis supaya penduduk Khan Al-Ahmar meroboh dan memusnahka­n rumah serta sekolah mereka sendiri”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia