Harian Metro

PTPTN perlu bertegas kepada peminjam

-

Kuala Lumpur: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu bertegas dan segera mengambil tindakan undang-undang ke atas peminjam yang masih ingkar untuk membayar balik hutang pinjaman masing-masing.

Menurut Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, tindakan itu dilihat akan dapat membantu PTPTN dalam mengatasi masalah peminjam yang enggan membayar hutang pinjaman meskipun sudah mendapat pekerjaan tetap.

Kata Zainul Rijal, mengikut terma perjanjian yang ditandatan­gani antara peminjam dan PTPTN, ia sudah lengkap dan jelas tertera syarat yang perlu dipatuhi termasuk arahan membayar balik dalam tempoh tertentu selepas tamat pengajian.

Katanya, meskipun tanpa peguam, perjanjian yang ditandatan­gani itu tetap sah mengikut undang-undang Akta Kontrak 1956.

“Peminjam sememangny­a terikat dengan perjanjian yang ditandatan­gani dan jika mereka ingkar, PTPTN berhak mengambil tindakan undang-undang.

“Antara tindakan undang-undang yang bakal dihadapi termasukla­h pengisytih­aran muflis kepada peminjam yang meminjam lebih RM30,000, arahan pemotongan gaji jika bekerja di sektor awam dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Zainul Rijal lagi, masalah kutipan bayaran balik sukar untuk ditangani sekiranya kerajaan khususnya PTPTN tidak mengambil tindakan tegas terhadap peminjam.

Ini kerana, kata Zainul Rijal, sebelum memperoleh pinjaman, ramai peminjam yang kononnya akan akur dengan janji mereka namun selepas wang diterima, perjanjian yang ditandatan­gani dilupakan begitu saja.

“Dalam hal ini, hanya tindakan undang-undang saja dapat mengatasi masalah peminjam ingkar kerana mereka tidak boleh mengabaika­n arahan mahkamah.

“Apapun, pokok pangkalnya terpulang kepada kerajaan dan PTPTN, sama ada mereka mahu mengambil tindakan tegas atau sebaliknya kepada peminjam,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas sikap tidak jujur peminjam PTPTN yang enggan membayar hutang pinjaman sehingga menyebabka­n hutang terkumpul berjumlah RM36 bilion.

Dr Mahathir berkata, beliau berasa malu dengan sikap seumpama itu kerana peminjam berkenaan tidak langsung mempunyai rasa bertanggun­gjawab apabila mereka diamanahka­n dengan sesuatu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia