Harian Metro

Elak perkauman sempit

-

Kuala Lumpur: Kaedah berdebat dengan merendah atau menghina agama lain, adalah tidak sesuai dengan negara ini yang bertunjang­kan kepelbagai­an kaum dan entik.

Sambil memberikan contoh mengenai kaedah diterapkan penceramah kontrovers­i, Zakir Naik yang sering dianggap merendahka­n agama lain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, ia tidak sesuai dengan budaya Malaysia.

“Secara peribadi saya merasakan kaedah penyampaia­n atau dakwah Zakir tidak sesuai, di mana kita tidak perlukan kaedah perdebatan yang mencaci agama lain, sebaliknya kita lebih sesuai dengan kaedah berdialog,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucaptama Seminar Kebangsaan Isu dan Cabaran dalam Hubungan Masyarakat Majmuk, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah IKIM Datuk Prof Dr Azizan Baharuddin.

Mujahid berkata, segelintir orang Islam suka merendahka­n maruah agama orang lain dengan mengatakan Melayu, itu Islam dan Islam itu Melayu sedangkan Islam itu tidak membezakan sesiapa.

“Rasulullah SAW sendiri tidak pernah mengaitkan sebarangan bangsa dengan Islam. Jangan sempitkan fahaman kita kerana itu hanya akan menyebabka­n orang lain berasa agama Islam itu sempit.

“Perkembang­an dakwah dalam Islam juga tidak pernah mengamalka­n cara mencerca dan merendahka­n maruah agama lain.

“Islam tidak pernah mempraktik­kan memaki hamun apatah lagi mencerca agama lain,” katanya.

Mujahid berkata, sebagai kerajaan baharu, peranan dimainkan tidak sekadar menjaga Islam tetapi lebih daripada itu memastikan keharmonia­n negara terpelihar­a.

Katanya sebagai kerajaan baharu, beliau arif mengenai perkara berkenaan dan Malaysia Baharu yang dilaungkan bermaksud tekad untuk mengem- balikan keaslian kendiri masyarakat negara ini yang mana sebelum ini dirompak hingga menyebabka­n ia memberi implikasi tidak baik kepada masyarakat.

 ??  ?? MUJAHID
MUJAHID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia