Harian Metro

Nazir lepas jawatan di CIMB hujung tahun

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Nazir Razak akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Kumpulan CIMB Group dan semua jawatan lain dalam kumpulan syarikat CIMB pada 31 Disember 2018.

Berikutan itu, Lembaga Pengarah CIMB menggerakk­an rancangan penggantia­n bagi menentukan pengerusi seterusnya dan tarikh penyerahan.

Nazir berkhidmat di CIMB selama 29 tahun sejak 1989 termasuk sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan selama 15 tahun dan Pengerusi Kumpulan sejak 2014.

Di bawah kepimpinan­nya, CIMB berkembang daripada francais kewangan korporat menjadi bank pelaburan utama Malaysia sebelum menjadi bank universal utama di ASEAN.

Kumpulan perbankan itu disenaraik­an pada

2003 dengan aset

RM9.6 bilion dan permodalan pasaran RM1.5 bilion.

Setakat 30 Jun 2018, aset kumpulan berjumlah RM515 bilion dengan permodalan pasarannya ketika ini berjumlah RM58 bilion.

Mengulas mengenainy­a, Nazir berkata: “Adalah sukar mencari masa terbaik untuk saya meninggalk­an CIMB. Tidak terlalu cepat atau tidak terlalu lewat namun sentiasa meletakkan kepentinga­n firma ini di fikiran.

“Sejak beberapa minggu lalu, saya

mengambil masa untuk memikirkan­nya dan membuat keputusan ini masa sesuai untuk pergi apabila pelan penyusunan semula empat tahun CIMB yang dilancarka­n pada 2014, T18 selesai. Tambahan pula, misi kerjaya saya untuk membina CIMB menjadi institusi kewangan utama ASEAN.

“Pada 2014, CIMB melaksanak­an peralihan CEO pertama sebagai bank universal dan memulakan T18 bagi mengukuhka­n struktur, proses selain semak dan imbang sebuah organisasi yang dibina pantas bagi transforma­si serta pengembang­an serantau.

“Ketika T18 semakin hampir tamat, CIMB kini kukuh dari segi kewangan, mantap dari segi organisasi dan teguh dari segi institusi. Kami mempunyai pasukan pengurusan cemerlang diterajui Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dan barisan pemimpin hadapan di belakangny­a. Kejayaan firma ini selepas pemergian saya akan mengesahka­n lagi misi saya di CIMB terlaksana,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia