Harian Metro

Tanpa pendahulua­n

- Sofyan Rizal Ishak cnews@nstp.com.my

„ Celcom tawar 100,000 telefon pintar sepanjang 101 hari

Celcom Axiata Berhad (Celcom) menawarkan peluang eksklusif kepada pelanggan untuk memiliki satu atau lebih telefon pintar daripada 100,000 yang ditawarkan secara percuma tanpa sebarang bayaran pendahulua­n.

Selama 101 hari, bermula 20 September hingga 29 Disember 2018, pelanggan Celcom Mobile bakal menikmati peluang pengecuali­an bayaran pendahulua­n untuk semua pelan peranti tergabung pasca bayar Celcom iaitu Celcom Mobile Gold Plus, Celcom Mobile Gold Supreme, Celcom Mobile Platinum dan Celcom Mobile Platinum.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Mohamad Idham Nawawi berkata, syarikat meningkatk­an lagi pelan perantinya bagi memudahkan pelanggan memiliki telefon pintar 4G baru atau menaik taraf telefon pintar sedia ada.

“Pelanggan dapat menikmati pengalaman video terbaik dengan rangkaian Celcom memandangk­an kini lebih mudah untuk memilik peranti yang menyokong rangkaian 4G menerusi kempen baru Celcom iaitu percuma telefon pintar untuk 101 hari,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, pelanggan yang menggunaka­n perkhidmat­an Celcom lebih dari 12 bulan dan tidak pernah dikenakan sekatan perkhidmat­an selama tiga bulan boleh menikmati pengecuali­an awal apabila melanggan salah satu daripada empat pelan di atas bersama kontrak peranti.

Selain itu, pelanggan baru Celcom juga dapat menikmati pengecuali­an sebahagian bayaran pendahulua­n apabila mereka mendaftar dengan mana-mana pelan peranti tergabung Celcom.

“Pelanggan boleh memilih daripada pelbagai pilihan telefon pintar 4G yang terkini di antaranya Huawei P20, Oppo F9, Huawei nova 3i, Oppo A3s, Huawei nova 2 Lite, iPhone6 32GB dan Samsung Galaxy J4,” katanya.

Dalam masa sama, Celcom memperkena­lkan pakej peranti yang membolehka­n pelanggan memiliki telefon terkini sekali sepanjang 12 bulan atau menaik taraf pelan pasca bayar sedia ada mereka kepada pelan internet tanpa sebarang kos tambahan.

Ciri terkini yang diperkenal­kan adalah lanjutan kontrak di mana pelanggan yang memiliki baki kontrak peranti kurang daripada 12 bulan akan diberi pilihan untuk menaik taraf telefon pintar mereka sedia ada dengan peranti baru tanpa bayaran penalti.

Ciri kedua iaitu Change Plan Anytime pula menawarkan kontrak peranti dengan pilihan menaik taraf pasca bayar yang membolehka­n mereka menikmati kuota internet tanpa sebarang bayaran tambahan.

 ??  ?? DARI kiri, Ketua
Pe r n i a g a a n Peranti Celcom, Harcharan Singh, Ketua Pemasaran
Runcit dan Harga, Zuwairi
Zakaria dan Ketua Operasi Runcit, Hasri
Zulkifly m e n u n j u k ka n pelbagai model
telefon pintar yang ditawarkan.
DARI kiri, Ketua Pe r n i a g a a n Peranti Celcom, Harcharan Singh, Ketua Pemasaran Runcit dan Harga, Zuwairi Zakaria dan Ketua Operasi Runcit, Hasri Zulkifly m e n u n j u k ka n pelbagai model telefon pintar yang ditawarkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia