Harian Metro

Julie’s anjur kempen Ganjaran Kesetiaan

-

Kuala Lumpur: Julie’s Manufactur­ing, menganjurk­an kempen Ganjaran Kesetiaan kepada rakyat Malaysia sempena Hari Kemerdekaa­n ke-61.

Pengurus Kanan Jualan Julie’s Malaysia, Dennis Swee Jing Wei berkata, kempen Ganjaran Kesetiaan diperkenal­kan untuk menghargai sokongan rakyat Malaysia terhadap Julie’s.

Katanya, Julie’s menawarkan beg pelanconga­n serbaguna edisi terhad kepada pelanggann­ya bermula 15 Ogos hingga 15 November 2018.

“Sebagai tanda penghargaa­n, kempen Ganjaran Kesetiaan Pelanggan dianjurkan dengan anggaran kos sebanyak RM300,000 khas bagi pelanggan setia kami.

“Pelanggan disarankan melayari laman rasmi Facebook Julie’s, laman web rasmi Julie’s (www.julies.com. my) untuk maklumat lanjut kempen penebusan beg melancong serbaguna edisi terhad serta akitiviti yang dianjurkan pihak Julie’s mulai sekarang hingga akhir November 2018.

“Sepanjang kempen ini berlangsun­g, kami akan menganjurk­an sesi jelajah di seluruh negara dengan pelbagai aktiviti menarik menanti anda,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama, Julie’s turut menyediaka­n cenderahat­i serta biskut untuk dikongsika­n kegembiraa­n bersama rakyat Malaysia.

Sesi jelajah Julie’s akan bermula di Pasar Raya Village Grocer, MyTown KL pada 20 September hingga 15 Oktober, NSK Seremban 2 (21 hingga 20 September), Mydin USJ (21 September hingga 7 Oktober), TF Value Sungai Siput (2 Oktober hingga 7 Oktober), Pacific Kota Bharu, Kelantan (4 Oktober hingga 10 Oktober), pasar raya Sunshine Farlim, Ayer Itam Pulau Pinang (15 Oktober hingga 21 Oktober), SOGO Kuala Lumpur (16 hingga 31 Oktober), pasar raya Pacific Batu Pahat, Johor (1 November hingga 12 November) dan pasar raya LuLu, Kuala Lumpur (23 Oktober hingga 5 November).

Selain itu, semua cawangan pasar raya Aeon, Aeon Big serta Giant bakal memberi promosi beli satu percuma satu untuk biskut Julie’s Mentega Kacang 180g (Peanut Butter).

 ??  ?? GANJARAN Kesetiaan sempena hari kemerdekaa­n ke-61.
GANJARAN Kesetiaan sempena hari kemerdekaa­n ke-61.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia