Harian Metro

BUNUH IBU, KAKAK

- Agensi

„ Remaja perempuan hadapi dua tuduhan bunuh selepas menikam mati ibu dan kakaknya

Seorang remaja perempuan didakwa atas tuduhan menikam mati ibu dan kakaknya, selain dipercayai cuba membunuh diri sebelum ditangkap.

Rosa Aminta Maldonado, 44, dan anaknya, Rosa Lee Maldonado, 19, ditemui mati akibat ditikam di kediaman mereka di Lester, daerah Limestown pada jam 1 pagi, Khamis lalu. Mereka turut menemui seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang sedang menikam kepala dan tengkuknya, dipercayai untuk membunuh diri.

Gadis berkenaan kini didakwa atas dua tuduhan bunuh, lapor WHNT19.

Pihak berkuasa tidak mendedahka­n butiran lanjut kerana dia masih bawah umur, lapor Daily Mail.

Pegawai Penerangan Syerif daerah Limestone, Stephen Young memberitah­u The News Courier of Athens: “Siasatan awal menunjukka­n remaja itu menikam mati ibu serta kakaknya dalam satu pertengkar­an sebelum cuba membunuh diri menggunaka­n pisau sama.

Syerif Mike Blakely berkata, panggilan kecemasan dibuat seorang daripada wanita yang mati.

“Rekod panggilan antara yang paling mengerikan pernah saya dengar sepanjang 47 tahun dalam penguatkua­saan undang-undang.

“Anda dapat mendengar dua wanita sedang dibunuh, menjerit meminta bantuan dan merayu penyerang mereka berhenti menyerang.

“Kami mendapat bantuan seseorang yang fasih berbahasa Sepanyol untuk menterjema­h apa dikatakan dalam rakaman itu.”

Blakely berkata, pihaknya akan turut menyoal rakan sekolah suspek remaja itu serta ahli keluarga lain untuk mengenal pasti motif perbuatann­ya.

Lebih menyedihka­n lagi, seorang lagi anak perempuan Rosa Aminta, Katherine, 15, dirogol dan dibunuh menantunya pada 2011. Tertuduh, Carlos Cardenas, ketika itu suami anak sulung Rosa Aminta dan kini menjalani hukuman penjara 25 tahun selepas mengaku salah bagi kejadian itu.

 ??  ?? ROSA Aminta dan anaknya ditemui mati. - Daily Mail
ROSA Aminta dan anaknya ditemui mati. - Daily Mail
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia