Harian Metro

Tinju punya pasal, gaduh sampai mati

-

Jakarta: Ejek-mengejek dan sikap tidak mahu mengalah antara dua lelaki ketika menonton perlawanan tinju membawa kepada pergaduhan besar hingga menyebabka­n seorang daripadany­a meninggal dunia.

Kejadian berlaku di Sulawesi Selatan, Indonesia apabila dua penduduk Dusun Lembo Kodi, Desa Asana, Kecamatan Burau, Muh Yamin, 69, dan Matius Siman, 45, dikatakan berkelahi mengenai perlawanan tinju, pagi kelmarin.

Tribune News melaporkan, dua lelaki terbabit menonton perlawanan berhampira­n rumah jiran kira-kira jam 11 pagi sebelum mereka saling mengejek.

Selepas menonton perlawanan itu, pertengkar­an masih berlarutan sehingga jam 2 petang apabila mereka dengan tangan kosong berada di depan rumah seorang penduduk.

Kemudian berlaku pergaduhan apabila kedua-duanya saling menendang dan kejadian turut dilihat oleh penduduk kampung sebelum Muh dilaporkan mati.

Ketua Siasatan Jenayah Polis Luwu Timur, Iptu Akbar Andi Malloroang berkata, kejadian itu disebabkan salah faham antara mangsa dan suspek.

“Mereka tidak berkomunik­asi dengan baik. Beberapa bulan lalu, terdapat masalah yang berlaku antara mereka tetapi sudah diselesaik­an secara baik dengan ketua Desa Asana,” katanya.

Manakala, suspek juga dilaporkan sudah ditahan oleh polis daerah Passokoran­g, Desa Rantemario, Kecamatan Tomoni, semalam. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia