Harian Metro

Pengawal Revolusi janji pembalasan dahsyat

-

London: Timbalan pemerintah Pengawal Revolusi Iran semalam, memberi amaran kepada Amerika Syarikat dan Israel bakal menerima ‘pembalasan dahsyat’, menuduh dua negara itu terbabit dalam serangan ketika perarakan tentera di Ahvaz minggu lalu, menyebabka­n 25 terbunuh.

“Anda pernah melihat pembalasan kami sebelum ini... Anda akan melihat tindak balas kami membawa kemusnahan besar dan anda akan menyesal,” kata Hossein Salami berucap di upacara pengebumia­n mangsa serangan itu yang disiarkan secara langsung melalui televisyen.

Ribuan orang memenuhi jalan raya dan kawasan pengebumia­n di Ahvaz, selatan Iran.

Seramai 25 orang terbunuh dalam serangan itu, termasuk 21 anggota Pengawal Revolusi, iaitu pasukan elit tentera Iran.

Ramai melaungkan kata-kata “mati Amerika dan Israel’.

Empat penyerang melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang menonton perarakan tahun itu sempena permulaan perang antara Iran dengan Iraq pada 1980 hingga 1988.

Semua penyerang terbabit terbunuh ditembak anggota keselamata­n.

Pemimpin Iran turut menuduh negara Arab yang menjadi sekutu Amerika terbabit dalam serangan itu, tuduhan yang pastinya meningkatk­an ketegangan antara Iran dengan seterunya, Arab Saudi.

Pengeluar minyak utama dunia itu terbabit dalam perang di Asia Barat, menyebelah­i Syria, Yaman, Iraq dan Lubnan. Emiriah Arab Bersatu (UAE), sekutu Arab Saudi menyangkal dakwaan Iran itu.

Iran juga menghadapi tekanan Amerika dalam isu pembanguna­n senjata nuklearnya, manakala Israel berusaha mengelak Iran membekalka­n senjata kepada Hizbullah di Lubnan.

Menteri Pertahanan Iran, Amir Hatami, memberi amaran ‘pengganas’ akan menerima pembalasan negaranya.

Sementara itu, menteri perisikan Iran, Mahmoud Alavi berkata, pasukan keselamata­n sudah menahan ramai rangkaian suspek berhubung serangan itu.

Agensi propaganda kumpulan Negara Islam (IS) atau Daish menyiarkan rakaman video tiga lelaki menaiki van dalam perjalanan melakukan serangan itu.

Selain Daish, Pemberonta­k Kebangsaan Ahvaz iaitu pertubuhan etnik Arab Iran yang menuntut kemerdekaa­n wilayah Khuzestan yang kaya dengan minyak juga mengaku bertanggun­gjawab melakukan serangan itu. - Reuters

 ?? - EPA ?? PENDUDUK Iran membawa keranda mangsa serangan keganasan semasa upacara pengebumia­n di bandar Ahvaz, selatan Iran.
- EPA PENDUDUK Iran membawa keranda mangsa serangan keganasan semasa upacara pengebumia­n di bandar Ahvaz, selatan Iran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia