Harian Metro

Karikatur grafiti bantah junta

„ Lakaran sindir pemimpin junta tentera Thailand hiasi tembok

- Agensi

Lakaran grafiti semakin banyak pada dinding bangunan ibu kota Thailand yang menjadi tempat meluahkan kemarahan politik, termasuk karikatur ketua pemerintah­an junta Thai sebagai ‘kucing bertuah’ dengan tapak kakinya mengaut wang atau wajahnya dipangkah garisan merah.

Pelopor grafiti itu, ‘Headache Stencil’ menggunaka­n semburan cat, menyasarka­n pemimpin politik negara berkenaan, termasuk ketua junta tentera, Prayut Chan-o-cha, yang kebebasan berucap semakin terhad sejak rampasan kuasa 2014.

Digelar sebagai ‘Banksy’ Thailand - Headache Stencil (bermaksud keazaman membawa derita kepada orang berkuasa) mula dikenali ramai Januari lalu, apabila melakar pemimpin nombor dua junta, Prawit Wongsuwan, yang sukar menjelaska­n koleksi jam tangan mewahnya.

Lakarannya menunjukka­n wajah Prawit dalam sebuah jam meja yang ditafsirka­n sebagai kegagalan ketelusan jeneral yang merampas kuasa atas alasan usaha melawan rasuah dalam isu kewanganny­a

Ia dianggap langkah berani di sebuah negara yang dipantau ketat hinggakan membaca novel George Orwell, ‘1984’ juga dipandang serong, manakala golongan atasan pula gemar mengemukak­an dakwaan fitnah.

Ketika ditemui di sebuah studio di Bangkok, Headache Stencil enggan mengalah meskipun menghadapi semua itu.

“Asas kemunculan seni jalanan ialah rakyat tidak diberi hak dan tidak ada suara.

“Ia bertujuan memberitah­u semua bahawa kami mahu bersuara, namun tidak boleh. Jadi, kami lakarkan untuk mereka supaya pegawai atau orang ramai memahaminy­a,” katanya yang bertopeng bagi melindungi identitiny­a.

Selepas gambar jam itu menjadi tular, polis cuba memantau artis terbabit dan pegawai perbandara­n pula memadamkan karikatur yang dianggap subversif itu.

Jeneral Prawit menegaskan jam tangan terbabit dipinjam daripada rakan-rakannya, namun enam bulan kemudian, agensi anti-rasuah Thailand masih belum selesai menyiasat isu itu.

 ?? - AFP ?? GAMBAR yang dirakam pada 4 September lalu, menunjukka­n artis grafiti Thailand, ‘Headache Stencil’ melukis karikatur pada tembok pagar di Bangkok.
- AFP GAMBAR yang dirakam pada 4 September lalu, menunjukka­n artis grafiti Thailand, ‘Headache Stencil’ melukis karikatur pada tembok pagar di Bangkok.
 ?? - Agensi ?? KETUA junta tentera, Prayut Chan-o-cha digambarka­n melalui karikatur ‘kucing bertuah’ dengan kakinya mengaut wang.
- Agensi KETUA junta tentera, Prayut Chan-o-cha digambarka­n melalui karikatur ‘kucing bertuah’ dengan kakinya mengaut wang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia