Harian Metro

Bayi pun mangsa

- Agensi

„ Pakaian ditemui, sisa mayat diharap jadi petunjuk identiti

Sisa mayat kanak-kanak termasuk bayi tidak lebih usia enam bulan ditemui dalam kubur besar-besaran tempat 174 mangsa dipercayai ditanam sekurang-kurangnya dua tahun lalu.

Dalam usaha mengenal pasti mangsa, pengkuat kuasa undang-undang di Veracruz menggunaka­n pakaian yang ditemui di dalam kubur itu untuk membantu anggota keluarga mengenal pasti mayat orang tersayang yang mungkin dicampakka­n di situ, lapor AP.

Antara gambar disiarkan termasuk seluar kecil untuk bayi berusia enam bulan dan sandal kecil berwarna merah jambu dipercayai untuk kanak-kanak berusia tatih, selain sisa mayat dewasa. Kemeja, stoking dan seluar dalam lelaki serta wanita turut ditemui dengan mayat dipercayai dibuang sekurang-kurangnya dua tahun lalu.

Gambar baju sejuk kanak-kanak dengan gambar watak kesayangan seperti Tweety dan Pokemon turut ditemui dalam kubur berkenaan.

Menurut sumber yang terbabit dengan siasatan, setiap helai pakaian ditemui berhampira­n satu mayat atau dipotong daripada sisa berkenaan.

Menteri Dalam Negeri Mexico Jumaat lalu mendedahka­n jumlah mayat kini 174 orang selepas pada awalnya cuma menemui 166 tengkorak. Bagaimanap­un, jumlah mangsa dijangka meningkat semakin kubur itu digali semula dan gambar dikatalog.

Ia bukan cara terbaik untuk mengenal pasti mayat, namun malangnya Mexico tidak mempunyai sistem canggih untuk melakukann­ya. Secara tidak langsung, ini menunjukka­n betapa pangkalan data DNA amat diperlukan negara itu.

Pakar kaji jenayah, Carlos Vilalta berkata: “Ada yang tidak berpuas hati dengan cara itu, namun apabila gambar berkenaan terpaksa dimuat naik ke Internet, hakikatnya memang tiada kaedah lain untuk membantu mengecam mayat.”

Pihak berkuasa Mexico jarang mengongsik­an bukti forensik ketika siasatan masih dijalankan.

Sejak kerajaan mengisytih­arkan perang terhadap kartel dadah lebih 10 tahun lalu, ada laporan mendakwa kumpulan penjenayah menahan puluhan bas membawa penumpang. Ada yang dilepaskan

selepas dirompak, tetapi ada juga yang diculik.

Ini jauh berbeza daripada kumpulan penjenayah sebelum ini yang membebaska­n wanita dan kanak-kanak.

 ??  ?? BAJU kanak-kanak dan bayi antara yang ditemui dengan sisa mayat dalam kubur berkenaan. - Agensi SANDAL budak yang ditemui dalam kubur itu. - Agensi
BAJU kanak-kanak dan bayi antara yang ditemui dengan sisa mayat dalam kubur berkenaan. - Agensi SANDAL budak yang ditemui dalam kubur itu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia