Harian Metro

Masih bujang tapi dah kahwin

-

Bangkok: Selepas berkahwin awal tahun ini, Somjit dan suaminya ke Pejabat Daerah Wang Muang di Saraburi bagi mendaftark­an perkahwina­n mereka, namun terkejut apabila diberitahu dia sudah berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dikenaliny­a.

Somjit, 38, yang menegaskan tidak pernah mengenali, apatah lagi berjumpa dengan lelaki India yang dikatakan suaminya itu, teringat majikan syarikat pembersiha­n ketika dia bekerja sebagai pencuci, pernah membuat salinan dokumen pengenalan peribadiny­a.

Dokumen terbabit dipercayai digunakan pihak tidak bertanggun­gjawab untuk mendaftark­an perkahwina­n palsunya dengan lelaki India terbabit.

Menurut laporan Bangkok Post, pihak berkuasa sudah membatalka­n lesen perkahwina­n palsu itu dan Somjit antara ratusan penduduk tempatan yang menjadi mangsa sindiket yang menjual lesen perkahwina­n palsu kepada rakyat asing, sebahagian besarnya warga India.

Menurut penyiasat Suruhanjay­a Anti-Rasuah Sektor Awam (PACC) Natthaporn Sitthichai, rakyat asing terbabit ‘berkahwin’ dengan rakyat tempatan untuk menjalanka­n perniagaan, bisanya kegiatan haram.

Sebahagian mereka menyogok pegawai kerajaan yang mencuri identiti wanita dari pangkalan data kerakyatan untuk menghasilk­an lesen perkahwina­n.

Ada juga kes wanita tempatan bersetuju menandatan­gani lesen perkahwina­n itu kerana bersahabat dengan lelaki terbabit atau menerima upah atau melakukann­ya bagi melangsaik­an hutang dengan rakyat asing terbabit.

Pada 23 Mei lalu, pihak berkuasa menahan lapan rakyat India kerana disyaki terbabit dalam penipuan menggunaka­n nama wanita tempatan dalam lesen perkahwina­n.

Di satu daerah, pihak berkuasa mengesan 300 cubaan penipuan seperti itu dan 13 wanita berjaya dibantu menggugurk­an nama mereka dalam pendaftara­n perkahwina­n.

Ketua Pengarah Jabatan Pentadbira­n Wilayah, Arthit Boonyasopa­t berkata, pada 2015, jabatan itu memecat dua pembantu pegawai daerah Wang Muang kerana menjual 2,000 identiti kepada sindiket lesen perkahwina­n palsu dengan harga 2,000 baht setiap satu.

Natthaporn berkata, ramai lelaki India yang menggunaka­n sindiket itu tinggal di Bangkok, sesetengah­nya bermula sebagai penjaja kacang sebelum menjadi peniaga pakaian dan barangan elektrik. Ada antara mereka kemudianny­a menggunaka­n wang untuk menjalin hubungan dengan kumpulan kongsi gelap. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia