Harian Metro

Dibelasah penyokong lawan sampai mati

-

Jakarta: Insiden perbalahan antara penyokong dua kelab bola sepak Indonesia mencetuska­n kekecohan selepas seorang dilaporkan mati akibat dibelasah di luar stadium sebelum perlawanan berlangsun­g.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin apabila mangsa, Haringga Sirila, 23, dari Kecamatan Cengkareng, Jakarta Barat dipukul sekumpulan penyokong di luar Stadium Gelora Bandung Lautan Api (GBLA), Bandung.

Tribune News melaporkan, kejadian berlaku beberapa jam sebelum perlawanan yang dijadualka­n antara Persib Bandung dan Persija Jakarta bermula pada jam 3.30 petang

Sebelum itu, terdapat sekumpulan penyokong menjerit bahawa orang yang dikejar itu penyokong Persija Jakarta.

Mangsa yang dikejar sempat meminta tolong daripada peniaga bakso, namun terus dibelasah hingga parah sebelum meninggal dunia.

“Berdasarka­n identiti yang kami perolehi, mangsa berasal dari Jakarta Barat,” kata Ketua Siasatan Jenayah Polis Bandung, M Yoris Maulana.

Jakarta Post melaporkan, kumpulan pemuda itu mengejar mangsa sebelum menumbuk dan menendang kepala mangsa hingga ada yang menggunaka­n papan kayu serta batu.

Sehingga kini, polis sudah menahan lima suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu.

Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil yang turut hadir menyaksika­n perlawanan itu meluahkan rasa simpati terhadap mangsa menerusi akaun Instagram.

“Sangat kecewa dan bersimpati dengan tindakan ganas segelintir Bobotoh (penyokong Persib) yang mencemarka­n kemenangan Persib.

“Bagi saya, lebih baik tidak ada perlawanan liga bola sepak jika pengakhira­nnya menyebabka­n kehilangan satu nyawa,” katanya. - Agensi

 ??  ?? HARINGGA
HARINGGA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia