Harian Metro

MASIH ADA SINAR

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

„ Penyakit Chong Wei boleh dirawat, berpeluang sembuh

Buat peminat dan penyokong tegar Datuk Lee Chong Wei, ada berita baik untuk anda: “peluang beliau untuk sembuh daripada kanser hidung yang dialaminya dan kembali beraksi di peringkat kompetitif adalah cerah.”

Justeru, impian bekas pemain nombor satu dunia itu untuk beraksi di Olimpik Tokyo 2020 tetap ada dan perunding Klinik Onkologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr John Low Seng Hooi

berkata, penyakit yang dialami pemain berusia 36 tahun itu boleh dirawat dan peluang untuk pulih sepenuhnya adalah tinggi.

“Saya tiada maklumat penuh mengenai kanser hidung yang dialami Chong Wei kerana hanya mendapat tahu mengenainy­a menerusi laporan berita tetapi kebiasaann­ya ia adalah Nasopharyn­geal Cancer (NPC).

“Berita baiknya, NPC ini boleh dirawati dan peluang untuk sembuh sepenuhnya adalah tinggi. Kaedah rawatannya tidak memerlukan pembedahan sebaliknya hanya rawatan kemoterapi dan radioterap­i.

“Jadi, saya percaya Chong Wei boleh kembali beraksi, selepas rawatannya selesai namun dia perlu berehat dulu sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan... paling baik enam bulan,” kata Dr John ketika ditemui Wartawan

(gambar)

Meja Sukan NSTP, semalam.

Difahamkan, Chong Wei sudah selesai menjalani rawatan di Taiwan, Jumaat lalu dan dijangka pulang ke tanah air dalam tempoh dua minggu lagi.

Jika semuanya berjalan lancar, pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu dijangka boleh kembali beraksi sebaik pusingan kelayakan Olimpik Tokyo 2020 bermula pada 1 Mei tahun depan.

Ditanya mengenai persoalan pelbagai pihak yang terkejut selepas bekas pemain nombor satu dunia itu disahkan mengalami kanser hidung tahap awal biarpun dirinya seorang atlet, Dr John berkata, salah satu punca utama adalah faktor keturunan.

“Ini kerana berdasarka­n statistik kanser hidung ini majoriti yang mengalamin­ya adalah kaum Cina. Sangat jarang kita temui kaum Melayu atau India mengalamin­ya.

“Selain itu, ia juga ada sedikit berkaitan kemungkina­n faktor makanan seperti ikan masin. Orang Cina memang gemar makan ikan masin dan makanan yang mengandung­i bahan pengawet.

“Faktor lain adalah disebabkan jangkitan kuman. Jadi, ia tiada kaitan dengan status Chong Wei sebagai seorang atlet atau disebabkan tabiat merokok dan minum minuman keras,” katanya yang turut memaklumka­n berdasarka­n statistik, kanser hidung kebiasaann­ya dialami pesakit dalam lingkungan usia 30-an hingga 40-an.

 ??  ?? PENYOKONG badminton negara gembira apabila Chong Wei menewaskan pemain Denmark, Viktor Axelsen 21-9, 21-19 di Bangkok Mei lalu.
PENYOKONG badminton negara gembira apabila Chong Wei menewaskan pemain Denmark, Viktor Axelsen 21-9, 21-19 di Bangkok Mei lalu.
 ??  ?? CHONG Wei masih berpeluang beraksi di Olimpik Tokyo 2020.
CHONG Wei masih berpeluang beraksi di Olimpik Tokyo 2020.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia