Harian Metro

‘Lupakan dulu badminton...’

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

„ Lin Dan mahu Chong Wei fokus rawatan

Meskipun sering menjadi musuh setiap kali di gelanggang, legenda China, Lin Dan tampil dengan nasihat berguna buat Datuk Lee Chong Wei: “Lupakan dulu soal badminton. Fokus pada kesihatan anda.”

Pemenang dua pingat emas Olimpik itu berharap seteru lamanya itu fokus terhadap proses pemulihan selepas berita mengenai Chong Wei yang menderita kanser hidung heboh diperkatak­an ketika ini.

Chong Wei, 36, ketika ini sedang menjalani rawatan di Taiwan dan dijangka pulang ke Malaysia sebelum hujung bulan ini.

Bercakap kepada media di China, jaguh berusia 35 tahun itu berkata: “Kesihatan badan adalah keutamaan. Tidak penting bila kamu akan dapat kembali beraksi.

“Pertama sekali, saya berharap Chong Wei agar sembuh secepat mungkin.”

Sebelum itu, beberapa pemain terbaik badminton termasuk pemain ranking nombor satu dunia, Viktor Axelsen dari Denmark memberikan ucapan selamat kepada Chong Wei menerusi media sosial.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM),

Sabtu lalu mengesahka­n Chong

Wei menghidapi kanser sekali gus mengakhiri spekulasi mengenai masalah kesihatan yang dihadapiny­a sebelum ini.

Sukan NSTP membuat pendedahan pada Julai lalu dengan melaporkan Chong Mei sedang mengalami masalah kesihatan yang mampu menamatkan kariernya selepas menarik diri daripada Kejuaraan Dunia di Nanjin, China dan Sukan Asia Indonesia, bulan lalu.

Selepas memenangi Terbuka Malaysia buat kali ke-12 pada Julai, Chong Wei mara ke separuh akhir Terbuka Indonesia seminggu kemudian di Jakarta yang menjadi kejohanan terakhirny­a sebelum menjalani rawatan.

 ??  ?? LIN Dan harap Chong Wei segera sembuh.
LIN Dan harap Chong Wei segera sembuh.
 ??  ?? CHONG Wei jalani rawatan di Taiwan dan dijangka pulang ke tanah air hujung bulan ini.
CHONG Wei jalani rawatan di Taiwan dan dijangka pulang ke tanah air hujung bulan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia