Harian Metro

Tiger sudah kembali!

- AFP

Tiger Woods melakar kemenangan pertama selepas lima tahun apabila memenangi kejohanan Tour Championsh­ip dengan kelebihan dua pukulan, sekali gus mencetuska­n fenomena kerana baru saja melakukan penampilan semula selepas berehat selama dua tahun.

Bintang berusia 42 tahun dan pemenang 14 kejuaraan utama itu mencatat satu atas par 71 di lapangan East Lake Golf di Atlanta, sekali gus kemenangan ke-80 sepanjang kariernya.

Woods yang menamatkan aksi keseluruha­n dengan 11 bawah par 269, menerima tepukan gemuruh daripada penyokongn­ya selepas menamatkan aksi dengan memasukkan bola di lubang terakhir.

Woods mengakui dia agak beremosi ketika beraksi di lubang ke-18.

“Saya cuba menahan daripada menangis ketika menuju ke lubang terakhir.

“Saya sering menyatakan kepada diri sendiri bahawa saya masih mampu melakukan perkara ini. Apabila bola berada di atas green saya tahu saya sudah dapat selesaikan tugas dengan baik.

Ia adalah kemenangan cukup bermakna selepas pada satu ketika Woods sendiri mengakui dia mungkin tidak akan beraksi lagi.

“Selepas kembali semula, saya memperoleh semula sentuhan yang dimahukan dan saya bertambah yakin untuk mencipta kemenangan,” katanya.

Woods yang kembali beraksi Januari lalu selepas berehat selama dua tahun berikutan kecederaan belakang, mempunyai kelebihan tiga pukulan sebelum beraksi di pusingan terakhir.

Kejayaan meraih birdie pada lubang pertama meluaskan lagi jarak pendahulu Woods sekali gus meningkatk­an keyakinann­ya.

Woods tamat kemarau kejuaraan lima tahun

Sementara itu, Justin Rose yang turut bersaing di saingan sama mungkin gagal mendominas­i kejohanan tetapi mengesahka­n kemenangan dalam saingan FedExCup serta hadiah bernilai AS$10 juta (RM41 juta) dengan melakukan birdie di lubang terakhir.

Woods yang memenangi saingan berkenaan turut berpeluang untuk memenangi saingan Jelajah PGA itu yang dikira berdasarka­n jumlah mata terkumpul terbanyak jika Rose tidak melakukan birdie di lubang ke-18.

Rose memulakan hari terakhir dengan menduduki tempat kedua ketinggala­n tiga pukulan di belakang Woods tetapi hanya mampu mencatat tiga bawah par 73 untuk menamatkan saingan di kedudukan keempat.

“Ia hari yang sukar. Pelan pertama adalah untuk memenangi saingan ini sementara pelan B untuk memenangi FedExCup,” katanya.

 ??  ?? WOODS ceria menatap trofi kejohanan Tour Championsh­ip.
WOODS ceria menatap trofi kejohanan Tour Championsh­ip.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia