Harian Metro

Pogba mahu United lebih agresif menyerang

-

Manchester: Paul Pogba mempersoal­kan mengapa Manchester United tidak mempamerka­n lebih banyak taktikal menyerang di Old Trafford.

Skuad bimbingan Jose Mourinho sekadar seri 1-1 ketika bertemu Wolves, Sabtu lalu dan Pogba pantas menyatakan mereka gagal untuk mencipta banyak peluang bagi memenangi perlawanan itu.

“Kami beraksi di tempat sendiri dan sepatutnya kami mampu beraksi dengan lebih baik ketika bertemu Wolves.

“Apabila beraksi di tempat sendiri kami seharusnya terus melakukan serangan. Inilah Old Trafford, kami beraksi di sini untuk lebih agresif.

“Saya rasa lawan juga akan takut apabila melihat United terus melakukan serangan. Inilah kesilapan kami,” katanya.

Ditanya apa yang menyebabka­n pasukan gagal untuk mempamerka­n aksi menyerang, Pogba berkata: “Saya tidak boleh beritahu anda kerana saya hanya seorang pemain.”

“Saya bukanlah seorang pengurus. Saya tidak boleh bercakap mengenai perkara ini tetapi hambarnya ketika bertemu Wolves.

Dia digantikan pada minit ke-63, kali ketiga berturut-turut dikeluarka­n, sekali gus menyaksika­nnya hanya mampu menjaringk­an tiga gol sepanjang 23 perlawanan sejak tiba di Old Trafford pada Januari.

Bagaimanap­un, Pogba mempertaha­nkan pemain berusia 29 tahun itu dengan menyatakan Sanchez masih dalam proses menyesuaik­an diri selepas meninggalk­an Arsenal dan yakin pemain itu akan temui semula prestasi terbaiknya. – Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia