Harian Metro

Cech mantap selamatkan Arsenal

- AFP

„ Aksi menakjubka­n padam serangan Everton dipuji Emery

Unai Emery menghambur pujian terhadap Petr Cech selepas penjaga gol Arsenal itu tampil dengan persembaha­n menakjubka­n ketika Gunners menewaskan Everton 2-0, semalam.

Skuad kendalian Emery mengekang serangan bertali arus Everton pada babak pertama aksi di Emirates tetapi Cech muncul dengan watak wira apabila melakukan beberapa siri aksi menyelamat hebat.

Selepas berjaya menghalang deretan serangan Everton di awal permainan, Gunners mengesahka­n kemenangan keempat berturut-turut dalam kempen Liga Perdana Inggeris menerusi gol Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang.

Ketika prestasi jentera serangan Arsenal tampak boleh dipuji, Emery begitupun lebih gembira dengan keputusan tanpa bolos yang diperoleh pasukannya buat pertama kali pada musim ini.

Keputusan Emery menggantik­an Cech dengan Bernd Leno pada aksi Liga Europa menentang Vorskla Poltava, minggu lalu mencetus spekulasi mengenai masa depan penjaga gol veteran itu tetapi dia yang memakai lilitan kapten membalas kepercayaa­n itu menerusi persembaha­n hebat.

“Kami amat gembira dengan prestasi penjaga gol. Petr memiliki pengalaman yang dan kualiti yang hebat. Dia memulakan musim ini dengan amat baik,” kata Emery.

“Prestasiny­a adalah seperti yang kami harapkan dan hari ini dia menunjukka­n kepada kami dengan amat baik. Saya terkejut kerana ada begitu banyak persoalan terhadap Cech, kerana pada pramusim dan perlawanan pertama dia bermain dengan baik.

“Leno seorang yang tenang. Dia tahu dia bermain dengan baik tetapi Petr Cech juga beraksi dengan baik. Leno akan terus meningkat dan belajar bersama kami. Dia memiliki masa depan yang cerah.”

Cech, 36, mengakui Everton mencipta banyak peluang pada perlawanan berkenaan di babak pertama tetapi kesemua pemain bekerjasam­a dengan baik.

“Saya gembira dengan prestasi dan juga keputusan tanpa bolos. Banyak yang perlu saya lakukan hari ini dan saya perlu membantu pasukan kekal dalam persaingan. Sebagai pemain berpengala­man, kamu perlu melakukan tugas kamu.”

Kemenangan menyaksika­n Arsenal mendaki ke tangga keenam liga selepas mengumpul 12 mata daripada enam perlawanan dengan dua kekalahan yang dicatatkan adalah pada permulaan kempen di bawah kendalian Emery.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia