Harian Metro

Reputasi tercalar

- Reuters

„ Barca seri 2-2 bertemu Girona, bermain dengan 10 pemain

Rekod kemenangan 100 peratus Barcelona berakhir apabila mereka sekadar seri 2-2 ketika bertemu Girona pada saingan La Liga selepas terpaksa beraksi dengan 10 pemain ketika perlawanan berbaki 55 minit.

Keputusan itu bermakna Barcelona gagal memintas Real Madrid yang menduduki tangga teratas liga apabila kedua-dua pasukan berkongsi 13 mata selepas lima perlawanan.

Sevilla pula bangkit daripada tewas mengejut kepada Getafe apabila membelasah Levante 6-2 di tempat lawan. Real Betis pula seri 2-2 di tempat sendiri ketika bertemu Athletic Bilbao dan Valencia terus gagal meraih kemenangan apabila sekadar seri tanpa jaringan ketika bertemu Villarreal. Lionel Messi

meletakkan juara bertahan itu di depan minit ke-19 sebelum hampir menambah jaringan selepas itu, namun cubaannya digagalkan pertahanan lawan.

Permulaan baik Barcelona akhirnya terjejas selepas

(gambar)

pertahanan, Clement Lenglet dibuang padang minit ke-35 selepas mengasari Pere Pons. Pengadil, Jesus Gil Manzano melakukan keputusan itu selepas melihat video bantuan pengadil (VAR).

Girona memanfaatk­an peluang itu sebelum berakhir babak pertama apabila Cristhian Stuani menjaringk­an gol penyamaan menewaskan penjaga gol Real, Marc-Andre ter Stegen.

Penyerang Uruguay, Stuani meletakkan Girona di depan minit ke-51 dan Gerard Pique muncul penyelamat Barcelona apabila menanduk masuk bola minit ke-63.

“Kekurangan seorang pemain menyebabka­n kami agak terjejas dan kami tidak bernasib baik selepas melepaskan gol pertama. Ia memberi kesan yang besar,” kata jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde yang mempersoal­kan hukuman pengadil terhadap Lenglet.

“Ini kali pertama saya lihat pemain yang dibuang padang memohon maaf. Mungkin VAR pembuat keputusan muktamad tetapi bagi saya hukuman buang padang adalah tidak tepat.

“Mungkin berlaku kekasaran tetapi ia tidak terlalu agresif. Ia kesalahan yang dilakukan oleh pemain lawan,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN Barcelona, Gerard Pique menjaringk­an gol kedua ketika bertemu Girona pada saingan La Liga di Camp Nou, Barcelona, semalam.
PEMAIN Barcelona, Gerard Pique menjaringk­an gol kedua ketika bertemu Girona pada saingan La Liga di Camp Nou, Barcelona, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia