Harian Metro

‘Saya tak nampak pemain Thailand’

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Pengurusan Program Pembanguna­n Bolasepak negara (NFDP) menganggap tidak ada apa-apa yang salah mengenai tendangan ‘ala kung fu’ penyerang skuad bawah 16 (B-16) tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin ketika menentang Thailand, kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif NFDP, Safirul Azli Abu Bakar melabel apa yang dilakukan penyerang muda yang mengangkat kakinya terlalu tinggi untuk mendapatka­n bola adalah reaksi biasa sebagai seorang pemain.

Bagaimanap­un, insiden itu dianggap sebagai sesuatu yang Kuala Lumpur: Semangat penyerang skuad bawah 19 (B-19) tahun negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak

kini membara selepas mengakhiri sesi latihan dan percubaan bersama pasukan senior Fagiano Okayama, kelmarin.

Hadi yang menjalani latihan seminggu bersama pasukan yang beraksi dalam divisyen dua Liga Jepun (J2) itu berjaya menunjukka­n prestasi yang memberangs­angkan, sekali gus mendapat pujian rakan sepasukan.

(gambar)

jadi suka ataupun tidak, kita kena akur,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ia adalah kad merah kedua yang dilayangka­n kepada pemain negara selepas penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel turut menerima padah sama pada aksi pertama ketika bertemu Tajikistan.

Mengulas mengenai insiden dua kad merah terbabit, Kuala Lumpur: Penyerang skuad bawah 16 (B-16) negara, Luqman Hakim Shamsudin tidak menjangka dilayangka­n kad merah kerana tidak sengaja mengasari pemain Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Malah, dia dilihat menangis ketika diperintah keluar padang oleh pengadil, Omar Mohamed Ahmed Hassan pada minit ke-51 kerana menyedari rakan sepasukann­ya bakal berdepan tugas berat untuk bertahan dengan beraksi 10 pemain.

“Saya sedih kerana tidak dapat membantu pasukan. Memang saya tidak sengaja kerana ketika insiden itu saya melihat kepada bola dan tidak nampak pemain Thailand datang dari arah depan.

“Saya pun ingin memohon maaf kepada jurulatih (Lim Teong Kim) dan rakan sepasukan. Saya yakin kalau bermain dengan 11 pemain, kami mampu meraih keputusan lebih positif,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam.

Ketiadaan Luqman menyaksika­n Thailand berjaya mendapat dua gol dalam tempoh 25 minit terakhir, sekali gus meletakkan Malaysia dalam keadaan wajib menang ke atas Jepun pada Rabu ini untuk layak ke suku akhir.

Malah, Teong Kim pada sidang media selepas perlawanan juga menganggap pengadil membunuh permainan anak buahnya dan Luqman tidak sepatutnya dilayangka­n kad merah. Luqman berharap semua pemain dapat memberi fokus terbaik bagi menjayakan misi wajib menang ke atas Jepun nanti.

“Saya kecewa kerana tidak dapat membantu pasukan untuk berdepan Jepun. Tapi, kami mempunyai ramai pemain terbaik dan saya yakin rakan sepasukan mampu untuk menewaskan Jepun,” katanya.

„

 ?? Safirul Azli Abu Bakar ?? LUQMAN mengawal bola ketika beraksi menentang Thailand, kelmarin. Saya yakin Luqman tiada niat untuk mencederak­an pemain lawan. Dia berpusing dan melihat bola di udara sebelum dia mengangkat kaki tanpa melihat situasi lawan” LUQMAN terkilan tidak dapat bantu rakan sepasukan menentang Jepun Rabu ini.
Safirul Azli Abu Bakar LUQMAN mengawal bola ketika beraksi menentang Thailand, kelmarin. Saya yakin Luqman tiada niat untuk mencederak­an pemain lawan. Dia berpusing dan melihat bola di udara sebelum dia mengangkat kaki tanpa melihat situasi lawan” LUQMAN terkilan tidak dapat bantu rakan sepasukan menentang Jepun Rabu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia