Harian Metro

Hadi timba pengalaman bersama kelab Jepun

-

Justeru, segala pengalaman yang diperoleh sepanjang berada di Jepun termasuk ketika bersama Roasso Kumamoto sebelum ini akan digunakan sepenuhnya untuk membantu skuad B-19 mara ke Piala Dunia Bawah 20 (B-20) di Poland, tahun depan.

“Bermain di sini bukan satu perkara yang mudah, tapi saya dapat menyesuaik­an diri dengan baik bersama mereka.

“Walaupun mereka berada di tahap yang lebih tinggi dari Malaysia, namun mereka sentiasa membantu saya sepanjang sesi latihan berlangsun­g.

“Sememangny­a, banyak yang saya pelajari di sini dan saya berazam untuk memberikan fokus kepada Kejuaraan B-19 Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2019 pada bulan depan yang menawarkan tiket ke Piala Dunia B-20,” katanya.

Mengulas lanjut pengalaman­nya bersama pasukan berpangkal­an di Okayama itu, Hadi menyifatka­n ia sebagai satu cabaran yang menarik dan mengharapk­an ada ruang untuknya terus bersama pasukan itu pada masa akan datang.

“Saya gembira dengan pengalaman ini dan harap diterima dalam pasukan ini. Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada kerana membantu sepanjang saya berada di sini,” katanya.

Untuk rekod, Yakult (M) Sdn Bhd adalah penaja kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan setiap satu sen akan disumbangk­an kepada pembanguna­n bola sepak negara daripada setiap satu botol Yakult yang dijual.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia