Harian Metro

Rekod tanpa kalah bukan jaminan PKNS

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Rekod tanpa kalah dalam empat pertembung­an menentang Perak musim ini bukan jaminan buat PKNS FC melangkah mudah ke separuh akhir Piala Malaysia.

Kedua-dua pasukan itu akan bertemu buat kali kelima apabila skuad The Bos Gaurus itu melayan kunjungan PKNS FC pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

Pengendali skuad Semut Merah, Datuk K Rajagobal

mengakui aksi bertemu Perak sentiasa menjanjika­n cabaran yang sengit kepada anak buahnya memandangk­an lawan juga memiliki kelebihan tersendiri.

“Kita tidak ada pilihan lain untuk bertemu Perak dan saya akui mereka tidak akan memberikan laluan mudah.

(gambar)

“Jadi, kita perlu meningkatk­an lagi mutu persembaha­n dan juga memperbaik­i tahap disiplin dalam pendekatan taktikal yang akan diterapkan untuk aksi itu nanti.

“Kita perlu menunjukka­n persembaha­n yang lebih baik berbanding perlawanan sebelum ini,” katanya.

PKNS FC mara ke suku akhir Piala Malaysia sebagai juara Kumpulan B apabila menghimpun 13 mata dan mengetepik­an FELDA United, sekali gus menempah pertemuan bertemu Perak yang muncul naib juara Kumpulan A.

Mereka sudah bertemu dalam empat perlawanan hanya dalam musim ini yang menyaksika­n dua pertembung­an dalam aksi Liga Super dan dua lagi pada aksi suku akhir Piala FA.

Dalam dua aksi liga, PKNS FC cemerlang meraih kemenangan 2-0 ke atas Perak pada aksi di laman lawan sebelum membelasah anak buah Mehmet Durakovic itu 4-1 pada aksi di laman sendiri.

Aksi suku akhir Piala FA menyaksika­n PKNS FC meraih kemenangan 2-1 pada aksi pertama dan terikat 2-2 pada aksi kedua sekali gus mara ke separuh akhir menerusi agregat 4-3.

Saingan Piala Malaysia musim lalu menyaksika­n mereka terkandas di peringkat kumpulan selepas menamatkan saingan di tangga tercorot apabila sekadar meraih satu mata daripada enam perlawanan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia