Harian Metro

Tok Gajah belum menyerah

-

Kuantan: Skuad Pahang belum mahu menyerah kalah walaupun sekadar seri 1-1 dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia, kelmarin.

Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, skuad itu masih lagi mempunyai baki 90 minit untuk menafikan Harimau Selatan mengisi slot separuh akhir piala berprestij itu.

“Oleh itu, kami perlu membetulka­n beberapa kesilapan terutama pada separuh masa kedua bermula apabila kita melepaskan gol awal.

“Sepatutnya, pemain lebih fokus sebaik wisel ditiup tetapi mereka belum sedia dan kami dihukum dengan jaringan lawan pada minit ke-46.”

Gol berkenaan menyentap moral pemain walaupun pada saat akhir gol penyamaan berjaya diperoleh sekali gus menghalang JDT meraikan kemenangan,” katanya.

Namun, Dollah tetap berpuas hati dengan keputusan seri itu kerana pada satu ketika skuad itu hampir tewas berdepan dengan sebuah pasukan yang hebat.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, sekiranya tewas, ia akan menyukarka­n Pahang untuk memberi tentangan sengit di Larkin nanti.

“Secara keseluruha­nnya, rentak permainan pasukan tersekat kerana JDT melengah-lengahkan perlawanan yang memberi kesan terhadap persembaha­n pasukan.

“Pada masa sama, kita juga gagal bermain dengan baik terutama pada babak kedua dan jaringan penyamaan di penghujung permainan melegakan kami.

“Saya harap pada aksi suku akhir kedua Pahang dapat mencipta kemenangan biarpun JDT dilihat memiliki kelebihan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia