Harian Metro

JENUH DILAMBUNG OMBAK

-

mudah lemah dan lesu.

Ketua Operasi Khas Vietnam Leftenan Maritim (M) Mohd Saleyhin

Hasim berkata, selepas dua minggu mengumpul maklumat, mereka memulakan misi dari perairan Labuan sebelum ke kawasan pelantar minyak Semarang yang mengambil masa lima jam dengan cuaca kategori empat.

“Ketika pemantauan di sepanjang perairan Semarang, keadaan cuaca semakin buruk dan beberapa anggota mabuk laut serta lesu apabila dilambung ombak dua hingga tiga meter,” katanya.

“Bagaimanap­un, usaha diteruskan dan akhirnya berjaya mengesan dan menahan dua bot nelayan Vietnam yang disyaki baru selesai melakukan tunda ganding di 15 batu nautika barat laut Pulau Mengalum,” katanya.

Mohd Saleyhin berkata, pada jarak 10 meter, kru bot Vietnam dapat ‘menghidu’ kehadiran pihak berkuasa dan cuba memecut bot mereka sambil memotong pukat gading bagi mengelak ditahan.

“Walaupun beberapa kali diarahkan berhenti, mereka berdegil dan terus memecut, namun kami berjaya memintas dan menaiki bot berkenaan untuk diperiksa,” katanya.

Bintara Muda

(Maritim) Azhar Salleh pula berkata, menaiki bot nelayan Vietnam bukan mudah kerana keadaan laut bergelora selain bot mereka yang besar menyukarka­n bot penyamaran merapati.

“Semua tindakan perlu berhati-hati... jika tersilap, bukan saja bot kami boleh tenggelam, malah ada pegawai dan anggota tercedera. Alhamdulil­lah, semuanya terkawal dan kami berjaya menaiki kapal nelayan Vietnam,” katanya.

Hasil kejayaan operasi itu, semua nelayan asing berusia 15 hingga 48 tahun didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 14(3)

(b) Akta Perikanan 1985 (Akta 317) iaitu bot mereka menggunaka­n huruf, nombor dan pengenalan vesel menangkap ikan yang lain, berbanding sepatutnya.

Mereka juga didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Perikanan 1985

(Akta 317) kerana didapati menangkap ikan dalam perairan perikanan Malaysia tanpa permit sah.

 ??  ??
 ??  ?? PEGAWAI dan anggota Maritim Malaysia Sabah menahan salah satu bot nelayan asing Vietnam menuju ke Pangkalan Maritim Malaysia di Sepanggar.
PEGAWAI dan anggota Maritim Malaysia Sabah menahan salah satu bot nelayan asing Vietnam menuju ke Pangkalan Maritim Malaysia di Sepanggar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia