Harian Metro

Tiga bekas banduan Geng Pie tumpas

-

Kota Kinabalu: Tiga bekas banduan dikenali sebagai Geng Pie yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah di daerah ini berjaya ditumpaska­n polis, barubaru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superinten­dan George Rakhman berkata, tangkapan dilakukan pada 17 September lalu selepas satu laporan dibuat berhubung kes pecah rumah di sebuah rumah milik pensyarah di Indah Permai pada hari sebelumnya.

“Kejadian berlaku jam 1.30 tengah hari iaitu pengadu lelaki berusia 47 tahun memaklumka­n rumahnya dipecah masuk dan mendapati kunci mangga hilang serta terdapat kesan umpil pada pintu dapur.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati satu peti kayu yang mengandung­i pelbagai barang termasuk kamera dan komputer riba dilarikan penjenayah dan kerugian dianggarka­n RM25,000,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini, semalam.

George berkata, hasil maklumat polis berjaya melakukan beberapa siri serbuan di sekitar Manggatal dan Inanam pada keesokan harinya.

“Serbuan pertama dibuat di Sulaman pada jam 9 pagi dan berjaya menahan dua lelaki berusia 35 dan 36 tahun dipercayai suspek dalam kes itu, susulan tangkapan itu turut berjaya menahan seorang lagi suspek utama berusia 26 tahun.

“Mereka dikenali sebagai ‘Geng Pie’ kerana suspek utama bernama Pie dan siasatan lanjut mendapati semua mereka adalah bekas banduan yang mempunyai pelbagai rekod jenayah termasuk pecah rumah, curi dalam bangunan, menagih dadah dan pemerasan,” katanya.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas pelbagai barang termasuk empat barang yang hilang dalam kes dilaporkan sebelum ini.

“Susulan tangkapan tiga suspek ini, polis berjaya menyelesai­kan enam kes pecah rumah di sekitar Inanam, Manggatal dan Luyang yang membabitka­n kerugian RM105,000 sejak Januari lalu.

“Semua suspek masih ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (pecah rumah dengan niat mencuri) yang boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda jika sabit kesalahan,” katanya.

 ??  ?? George (tengah) menunjukka­n antara barang kemas yang dirampas dalam kes pecah rumah oleh Geng Pie.
George (tengah) menunjukka­n antara barang kemas yang dirampas dalam kes pecah rumah oleh Geng Pie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia