Harian Metro

Gagal seludup 501.22 gram syabu

-

Cubaan dua lelaki disyaki pengedar menyeludup syabu seberat 501.22 gram bernilai RM45,000, gagal apabila ditahan polis di kaki lima sebuah bank berhampira­n terminal feri di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam

7.50 malam, kedua-dua suspek berusia 40 dan 60 tahun ditahan anggota Bahagian Siasatan

Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan diketuai Asisten Superinten­dan Syed Asrul Sani Syed Adnan.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superinten­dan Muhamad Farid Ahmad berkata, polis yang menjalanka­n operasi di kawasan Terminal

Feri Labuan mengesan dua lelaki dalam keadaan mencurigak­an.

“Polis menahan kedua-dua suspek untuk pemeriksaa­n.

“Pada masa sama, seorang suspek membuang satu bungkusan plastik hitam di atas jalan raya namun dikesan anggota polis.

“Pemeriksaa­n dalam bungkusan itu mendapati ia mengandung­i 10 peket plastik berisi ketulan kristal dipercayai syabu seberat 501.22 gram bernilai RM45,000,” katanya di IPD Labuan di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek dari Kota Kinabalu masuk ke Labuan dipercayai bagi menghantar bekalan syabu untuk dipasarkan di wilayah ini.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Labuan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati tau penjara seumur hidup,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia