Harian Metro

Calon kronik

- Mohd Nazllie Zainul cnews@nstp.com.my

„ Lima duduki peperiksaa­n UPSR di HWKK

Walaupun menghidap penyakit kronik, ia bukan halangan bagi lima calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menduduki peperiksaa­n itu di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas, dekat sini.

Mula menduduki UPSR semalam untuk subjek Bahasa Melayu kertas satu dan dua, empat daripada calon terbabit menghidap barah manakala seorang lagi calon mengalami penyakit kencing tikus atau leptospiro­sis.

Seorang calon hanya dikenali sebagai Firdaus, 12, berkata, penyakit dihidapi tidak langsung menjadi beban kepadanya meneruskan pembelajar­an sebelum menduduki peperiksaa­n.

Disahkan mempunyai barah darah atau leukemia sejak Jun lalu, anak keempat daripada lima beradik itu kelihatan begitu ceria dan yakin sepanjang menjawab kertas soalan.

“Kertas satu bagi soalan objektif tadi (semalam) senang manakala soalan karangan agak susah sedikit.

“Tetapi secara keseluruha­nnya, saya boleh jawab semua soalan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Firdaus berkata, semangatny­a tidak pernah rapuh untuk terus berjaya dalam pelajaran kerana mahu mengejar cita-cita bergelar anggota apabila dewasa.

Calon berkeperlu­an khas dikenali sebagai, Amirul, 12, bersyukur masih berpeluang menduduki peperiksaa­n penting itu pada tahun ini.

Amirul berkata, persediaan menghadapi UPSR banyak dibantu guru dalam hospital bagi memastikan dirinya mampu

polis menjawab baik.

“Walaupun ada barah tulang dan kaki sebelah kiri sudah dipotong sehingga paras paha, saya anggap ini dugaan untuk berjaya dalam hidup.

“Mungkin sebelum ini saya agak rendah diri tetapi ibu bapa serta guru di sini banyak bagi dorongan untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga UPSR selesai,” katanya kini menggunaka­n kaki palsu dan tongkat untuk berjalan.

soalan dengan

 ??  ?? CALON yang menduduki peperiksaa­n UPSR di hospital.
CALON yang menduduki peperiksaa­n UPSR di hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia