Harian Metro

40 gajah masuk kampung

-

Kinabatang­an: Kira-kira 40 gajah ‘menginap’ di sekeliling rumah seorang petani di Kampung Sukau, di sini selama beberapa hari dan turut merosakkan lebih 1.6 hektar tanaman antaranya pisang, kelapa sawit dan kelapa.

Lebih menyedihka­n, ia kali kedua tanaman berkenaan yang baru saja ditanam dirosakkan haiwan berkenaan.

Abduk Ghani Kosoi, 62, berkata, kejadian itu berlaku pada Ahad hingga Rabu minggu lalu.

“Pada minggu lalu, 40 ekor gajah datang di tanah kebun saya dan ‘menetap’ di sana selama empat hari.

“Kumpulan gajah berkenaan datang pada hari Ahad. Seperti biasa, haiwan berkenaan akan memakan tanaman iaitu kelapa sawit, pisang ataupun kelapa.

“Kelapa sawit seluas empat ekar berkenaan pula baru saja saya tanam pada tahun ini. Namun sudah dirosakkan.

“Tahun lalu, ada kumpulan gajah yang datang memusnahka­n tanaman saya. Kini, bila saya baru saja tanam semula, sekali lagi ia dimusnahka­n.” katanya ketika dihubungi, semalam.

Abdul Ghani berkata, kehadiran gajah di kawasan kebun dan rumahnya itu berlaku dalam empat kali setahun.

“Setiap tahun pasti akan ada kehadiran gajah. Saya atau orang kampung lain hanya dapat menghalau menggunaka­n suara dan sentiasa melihat pergerakan mereka dari jauh. Kami tidak berani dekat.

“Terutama jika haiwan itu sedang mendengus yang bermaksud ia sedang marah. Siapa yang tidak takut dengan gajah bersaiz besar, Apalagi kalau sudah berpuluh ekor.

“Seperti baru-baru ini, kami sekeluarga tidak dapat keluar dari rumah seharian apabila kumpulan gajah berkenaan ‘bergelimpa­ngan’ mengepung rumah.

“Keliling rumah kami sekarang pun banyak najis gajah. Nasib baiklah ‘mereka’ tidak agresif merosakkan rumah. ” katanya.

Katanya, selepas beberapa hari ‘tinggal’ di tanahnya, kumpulan gajah itu dipercayai bergerak ke kampung lain dan mereka ada dinasihatk­an supaya memasang pagar elektrik.

“Namun, saya belum mampu setakat ini. Sebelum ini kami ada cuba mendapatka­n bantuan, namun belum ada yang menyalurka­n.

“Hanya itu kaedah yang ada bagi menghalang gajah masuk ke kawasan kebun kami. Kos semuanya mungkin dalam RM5,000,” katanya berharap mendapat bantuan untuk memasang pagar dari mana-mana pihak.

 ??  ?? ABDUK Ghani menunjukka­n kebunnya selepas ditinggalk­an 40 gajah.
ABDUK Ghani menunjukka­n kebunnya selepas ditinggalk­an 40 gajah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia