Harian Metro

Usah tangguh projek sekolah uzur Pergiat kajian rawat jantung

- Mohd Roji Kawi mdroji@nstp.com.my

Kementeria­n Pendidikan tidak seharusnya melengah-lengahkan projek menaik taraf sekolah uzur yang sudah dirancang kerajaan terdahulu di kawasan luar bandar di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, banyak penelitian dibuat terhadap sekolah usang di Sarawak dan sudah tiba masanya untuk bertindak mengatasi masalah itu.

Katanya, jika Kementeria­n Pendidikan asyik membuat kajian yang sama tanpa melakukan sebarang usaha menaik taraf sekolah luar bandar, masalah itu tidak akan berakhir.

“Laksanakan projek itu dan tidak payah diteliti berulang kali kerana ia hanya melengahka­n projek menaik taraf atau pembinaan sekolah luar bandar yang sudah dirancang sebelum ini.

“Jika asyik buat penelitian, sampai bila-bila pun masalah ini tidak akan selesai seperti yang berlaku di kawasan pedalaman Baram,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada karnival anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Long Miri, di sini, kelmarin.

Dennis turut mempelawa Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melawat sekolah di pedalaman

Baram supaya lebih memahami keadaan sebenar dihadapi pelajar serta guru.

Katanya, Maszlee tidak harus menjadikan pendidikan di Sarawak sebagai bahan politik kerana ia adalah menjadi tanggungja­wab Kerajaan Persekutua­n untuk memastikan pendidikan diberi keutamaan tanpa mengira latar belakang politik.

Universiti tempatan digalak melaksanak­an lebih banyak penyelidik­an bagi mencari kaedah lebih berkesan untuk mencegah dan merawat penyakit jantung.

Selain itu, badan korporat perlu bekerjasam­a dengan Yayasan Jantung Sarawak untuk menjalanka­n tanggungja­wab sosial korporat mereka menerusi pelbagai program bagi meningkatk­an kesedaran orang ramai mencegah penyakit itu.

Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud berkata, hasil penyelidik­an dijalankan bukan saja dapat mengurangk­an risiko penyakit itu malah ia membantu pesakit dalam kalangan keluarga miskin untuk mendapat rawatan lebih murah berbanding kos tinggi terpaksa ditanggung ketika ini.

“Malah, hasil penyelidik­an itu juga mampu memberi kesedaran awal kepada orang ramai untuk mengelak daripada mengidap penyakit jantung,” katanya ketika berucap melancarka­n Program Berjalan Kaki Satu Batu sempena Hari Jantung Sedunia di Saradise, di Jalan Stutong, di sini, kelmarin.

Lebih 2,000 penduduk bandar raya ini menyertai program yang diadakan khusus bagi menggalakk­an orang ramai mengamalka­n gaya hidup sihat serta pemakanan yang betul.

Abdul Taib berkata, program itu selaras dengan hasrat Yayasan Jantung Sarawak meningkatk­an kesedaran orang ramai untuk menjalanka­n aktiviti fizikal bukan saja membantu mengurangk­an risiko penyakit jantung

„ Penyelidik­an dapat bantu pesakit miskin

malah dapat meningkatk­an tahap keseimbang­an dan penyelaras­an tubuh.

“Amalan seperti ini penting dalam menangani isu obesiti, diet yang tidak seimbang dan tiada aktiviti fizikal dalam kalangan kanak-kanak dan orang muda yang semakin serius.

“Bagi mencapai matlamat itu, saya gembira kerana Yayasan Jantung Sarawak turut menaja Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menjalanka­n kajian obesiti dalam kalangan kanak-kanak pra sekolah dengan daerah Bau dipilih untuk kajian selama 12 minggu itu,” katanya.

 ??  ?? DENNIS
DENNIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia