Harian Metro

BN boikot PRK PD Syed Ali keluar UMNO Tidak setuju Najib Ketua Umum parti PAS bidas MCA

„ BN tidak letak calon, arah jentera tak bantu

- Fahmy Azril Rosli dan Syed Umar Ariff cnews@nstp.com.my

Barisan Nasional (BN) sebulat suara memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson dengan tidak meletakkan calon.

Pengerusin­ya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bukan saja tidak meletak calon, malah BN juga tidak akan mengerahka­n sebarang jentera atau ahli sebagai menyokong mana-mana calon pembangkan­g atau bebas sekalipun.

Beliau menegaskan keputusan itu bukan bermaksud BN enggan meraikan proses demokrasi, tetapi cara pengosonga­n kerusi itu tidak demokratik.

“Oleh yang demikian, atas prinsip yang dipegang BN dan UMNO, kita memikirkan jika sesuatu pilihan raya diadakan untuk terjemah erti demokrasi sebenar selepas berlaku kematian (wakil rakyat) sudah tentu kita akan menyertai dalam proses demokrasi.

“Tetapi, jika kekosongan bukan sebab kematian, tetapi cuma mahu memenuhi cita-cita seseorang, maka satu pertimbang­an perlu dilakukan.

“Menyedari hal itu, kita ambil keputusan berdasarka­n perbincang­an dengan rakan komponen BN, maka kita ambil keputusan memboikot PRK Port Dickson atau maksudnya tidak letak calon,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas selepas mempengeru­sikan mesyuarat Biro Politik di Menara Datuk Onn, semalam.

Turut hadir, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung Tan Sri Annuar Musa.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, Port Dickson adalah kerusi yang diperuntuk­kan kepada MIC.

Namun, katanya, protes harus ditunjukka­n bagi menyelamat­kan peruntukan RM3.6 juta bagi PRK Port Dickson supaya wang itu boleh disalurkan untuk manfaat rakyat.

Katanya, ini bukan pilihan raya pertama yang diboikot BN dan pernah melakukan perkara sama pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Penanti apabila turut tidak meletakkan calon.

“Oleh kerana SPR (Suruhanjay­a Pilihan Raya) memperuntu­kkan RM3.6 juta untuk kendalikan PRK ini, maka kita harap ia digunakan untuk rakyat lebih baik daripada pilihan raya. Oleh demikian keputusan diambil muktamad.

“Pada masa sama, kita juga tidak akan beri sokongan terhadap mana-mana calon bebas yang diwakili secara individu ataupun parti termasuk PAS,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? DR Ahmad Zahid bersama Mohamad pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Biro Politik di Menara Datuk Onn, semalam.
DR Ahmad Zahid bersama Mohamad pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Biro Politik di Menara Datuk Onn, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia