Harian Metro

IBU ANGKAT LUAR BIASA

„ Wanita rela hati bela anak angkat hidap penyakit CP

- Siti Rohana Idris cnews@nstp.com.my

Pengorbana­n besar dilakukan seorang wanita apabila sanggup mengambil seorang bayi sebagai anak angkat walaupun mengetahui bayi yang bakal dilahirkan itu menghidap penyakit Cerebral Palsy (CP).

Pengorbana­n aktivis masyarakat Faizah Qemerzaman, 50, dibuat demi membantu keluarga seorang ibu tunggal yang hidup dalam kesusahan.

Faizah berkata, Muhammad Rasyad Firdaus yang kini berusia enam tahun sudah dianggap seperti anak sendiri.

“Ibu bapa Muhammad datang daripada keluarga susah dan ketika dia masih dalam kandungan, bapanya terbabit dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia.

“Pada mulanya seorang wanita menyatakan hasrat untuk mengambil Muhammad sebagai anak angkat sebaik dilahirkan.

“Bagaimanap­un, ketika dibuat imbasan doktor mengesan bayi yang bakal lahir itu menghidap CP dan wanita itu ingkar janjinya, sekali gus saya diperkenal­kan kepada ibu Muhammad dan sanggup mengambil anak istimewa ini,” katanya.

Menurutnya, walaupun Muhammad tidak seperti kanak-kanak lain dan hanya mampu terbaring, anak istimewa itu langsung tidak membebanka­nnya.

“Saya tidak menganggap Muhammad sebagai bebanan, malah menerimany­a sebagai amanah yang perlu saya jaga sebaik mungkin,” katanya.

Ditanya mengenai aktiviti kemasyarak­atan yang dijalankan, Faizah berkata, dia lebih fokus kepada golongan asnaf yang terdiri daripada kanak-kanak.

“Saya lihat ramai dalam kalangan mereka yang hidup dalam keluarga bermasalah dan terbiar.

“Jadi saya cuba bantu bukan saja dari segi kewangan dan barang keperluan, malah membawa mereka mendaftark­an sijil lahir, merujuk kepada agensi bantuan lain malah membuat laporan polis sekiranya ada kes yang rumit dan perlukan tindakan pihak berkuasa,” katanya.

Sehingga kini kira-kira 300 anak prihatin yang terdiri daripada anak yatim, terbiar, bermasalah dan asnaf di sekitar Tumpat dan Rantau Panjang mendapat perlindung­an di bawah aktivis masyarakat berkenaan.

 ??  ??
 ?? FOTO: NIK ABDULLAH NIK OMAR ?? FAIZAH bersama Muhammad Rasyad yang menghidap Cerebral Palsy sejak lahir.
FOTO: NIK ABDULLAH NIK OMAR FAIZAH bersama Muhammad Rasyad yang menghidap Cerebral Palsy sejak lahir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia