Harian Metro

IBU DALAM LUBANG NAJIS

„ Wanita hilang dipercayai dibunuh anak lelaki ditemui dengan kesan kelar di leher

- lapor Shamsul Munir Safini

Misteri kehilangan seorang wanita sejak 19 September lalu terjawab selepas mayatnya ditemui di dalam tangki najis belakang rumahnya di Sungai Burung, Balik Pulau, Pulau Pinang, petang semalam. Mangsa yang dikenali sebagai Faridah Mat Hashim, 63, dipercayai dibunuh anak kandungnya sendiri pada Rabu lalu, sebelum mayatnya dibuang di dalam tangki najis rumah mereka,

Misteri kehilangan seorang wanita sejak 19 September lalu terjawab selepas mayatnya ditemui di dalam tangki najis belakang rumahnya di Sungai Burung di sini, petang semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Faridah Mat Hashim, 63, dipercayai dibunuh anaknya Rabu lalu, sebelum mayat mangsa dibuang di dalam tangki najis rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superinten­dan A Ambalagan berkata, mayat mangsa yang tenggelam di dalam tangki sedalam 1.2 meter itu dijumpai menantunya jam 2 petang semalam sebelum menghubung­i polis.

“Polis dengan bantuan bomba mengeluark­an mayat mangsa dan mengesan kesan kelar di lehernya.

“Polis juga menjumpai pisau di dalam tangki itu,” katanya. Menurutnya, polis percaya mangsa dibunuh anak lelakinya berusia 29 tahun selepas dia menghilang­kan diri sejak kehilangan ibunya.

“Laporan polis dibuat Jumaat lalu memaklumka­n kehilangan mangsa sebelum mayatnya ditemui.

“Suspek diburu polis dan dia mempunyai rekod jenayah lampau membabitka­n kes mencederak­an saudaranya,” katanya.

Menurutnya, rumah itu didiami suspek bersama mangsa dan seorang adik perempuan.

Anbalagan berkata, adik suspek memberitah­u, ada melihat ibunya solat Subuh pada pagi 19 September lalu sebelum hilang. Menurutnya, suspek dipercayai suka berkhayal dengan menghidu petrol.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Sementara itu, anak sulung mangsa, Mohd Fauzi Ismail, 41, berkata, kehilangan ibu hanya diketahui selepas adik perempuan yang tinggal bersama memaklumka­n arwah ibu beberapa hari tiada di rumah.

“Ibu sering ke surau untuk belajar agama, jadi adik sangka ibu ke surau namun selepas dua hari dia tidak pulang dan gagal dihubungi melalui telefon bimbit, adik memaklumka­n kepada saya sebelum melaporkan kepada polis ,” katanya.

Katanya, adik lelakinya yang tinggal di rumah itu juga menghilang­kan diri sejak Rabu lalu.

“Saya terkejut apabila menemui kesan darah di belakang rumah sebelum menemui mayat ibu tenggelam dalam tangki najis,” katanya.

 ?? >3 ??
>3
 ??  ?? MAYAT mangsa yang dipercayai dibunuh sebelum disembunyi­kan dalam lubang najis.
MAYAT mangsa yang dipercayai dibunuh sebelum disembunyi­kan dalam lubang najis.
 ??  ?? LOKASI mayat mangsa ditemui di belakang rumah.
LOKASI mayat mangsa ditemui di belakang rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia