Harian Metro

UPSR bukan untuk pensijilan Murid buta tetap bersemanga­t Munajat di pusara ayah ibu

„ Calon yatim piatu ulang kaji tiga jam sehari ubah nasib diri

- Noorazura Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

Saya kini tinggal bersama keluarga ibu dan bapa saudara yang menjaga saya seperti anak mereka sendiri, arwah ibu selalu berpesan supaya belajar bersungguh-sungguh”

Mohd Danish

Saya sudah membuat persediaan mengulangk­aji pelajaran di sebelah malam, guru turut membantu membuat kelas tuisyen secara percuma”

Muhammad Affa

Alor Setar

Ibu bapa antara paling berdebar setiap kali anak menduduki peperiksaa­n, namun tidak bagi seorang anak yatim piatu yang kehilangan kedua-dua mereka sejak tiga tahun lalu.

Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Telaga Mas, Mohd Danish Amani Anuar berkata, dia hanya mampu menziarahi kubur ibunya, Junaida Ismail, Jumaat lalu.

Difahamkan kedua ibu bapa kanak-kanak itu meninggal dunia tiga tahun lalu selepas ibunya menghidap kanser payudara manakala bapanya menghidap sakit leukemia.

Dia yang menumpang kasih dengan tinggal bersama ibu saudaranya di Kampung Bukit Teriak, Telaga Mas berkata, persediaan rapi menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sudah dilakukan termasuk mengulang kaji pelajaran tiga jam sehari.

“Saya kini tinggal bersama keluarga ibu dan bapa saudara yang menjaga saya seperti anak mereka sendiri, arwah ibu selalu berpesan supaya belajar bersungguh-sungguh.

“Jadi setiap hari selepas solat, saya tidak pernah lupa berdoa supaya Allah SWT permudahka­n saya belajar...alhamdulil­lah saya dapat memberi tumpuan yang baik di dalam kelas dan sentiasa menghormat­i guru,” katanya yang ditemui semalam.

Danish berkata, setiap minggu menjadi kelazimann­ya menziarahi pusara ibunya, malah dia baru saja pergi ‘berjumpa’ ibunya untuk berdoa dan memberitah­u bahawa dia akan menduduki UPSR.

Katanya, walaupun ditakdirka­n hidup sebagai anak yatim piatu, dengan dorongan ibu dan bapa saudaranya, dia sentiasa bersemanga­t untuk mengejar cita-citanya sebagai doktor.

Sementara itu, rakannya, Muhammad Affa Ezzany Mohd Faizal turut bersemanga­t untuk menduduki UPSR walaupun datang daripada keluarga kurang berkemampu­an.

“Saya anak sulung daripada tiga adik beradik, saya sudah membuat persediaan mengulang kaji pelajaran di sebelah malam, guru turut membantu membuat kelas tuisyen secara percuma.

“Ibu adalah ibu tunggal, dia membesarka­n kami adik beradik dengan hasil menjual putu piring di pasar dengan pendapatan tidak seberapa. Setiap hari saya melihat ibu bekerja, jadi saya perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarga,” katanya yang tinggal di Kampung Belukar, Telaga Mas.

Mohd Danish dan Muhammad Affa adalah antara 41 murid SK Telaga Mas yang menduduki UPSR bermula semalam sehingga Khamis.

Sementara itu, seramai 32,316 murid tahun enam di Kedah mula menduduki UPSR di 568 pusat peperiksaa­n seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Dr Salmee Said berkata, daripada jumlah itu seramai 26,468 adalah murid sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina (3,433), sekolah jenis kebangsaan Tamil (1,295) dan calon sekolah swasta (1,120).

 ??  ??
 ??  ?? CALON UPSR mengulang kaji sebelum memasuki dewan peperiksaa­n di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2.
CALON UPSR mengulang kaji sebelum memasuki dewan peperiksaa­n di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2.
 ??  ?? SEBAHAGIAN murid beratur untuk memasuki dewan peperiksaa­n di SK Sultan Sulaiman 2, Kuala Terengganu.
SEBAHAGIAN murid beratur untuk memasuki dewan peperiksaa­n di SK Sultan Sulaiman 2, Kuala Terengganu.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia