Harian Metro

Peguam Jho Low jumpa pegawai DoJ

-

Kuala Lumpur: Barisan peguam yang mewakili ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low didakwa berhubung dengan pegawai Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat

(DoJ) untuk mencari jalan penyelesai­an berkenaan pemulangan aset disita dipercayai diperoleh menerusi wang 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

Menurut laporan sebuah portal berita, ketua pasukan peguam Jho Low, Chris Christie sudah mendapat kebenaran untuk bertemu dengan pegawai atasan DoJ.

“Difahamkan, Jho Low menyedari beliau tidak mampu meyakinkan mahkamah Amerika Syarikat untuk memulangka­n aset bernilai AS$1.2 bilion yang dirampas pihak berkuasa negara itu sebelum ini.

“Bagaimanap­un, beliau berharap dapat terus memiliki sebahagian daripada aset berkenaan walaupun berdepan dengan tuduhan jenayah di beberapa negara lain, selain Malaysia dan Amerika Syarikat termasuk Singapura dan Switzerlan­d,” katanya.

Difahamkan, pasukan peguam Jho Low turut dibayar menggunaka­n wang hasil penyelewen­gan 1MDB. Mengulas lanjut, kesediaan DoJ untuk membincang­kan jalan penyelesai­an berhubung kemelut terbabit adalah bagi membolehka­n pihak berkuasa Amerika Syarikat menumpukan perhatian terhadap aspek lain dalam skandal 1MDB.

Selain itu, portal berita terbabit turut melaporkan firma kewangan gergasi Goldman Sachs dipercayai mengatur isu bon bernilai berbilion ringgit bagi 1MDB sebelum berlakunya penyelewen­gan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia