Harian Metro

PAK NGAH MENINGGAL DUNIA

„ Pemergian ‘bapa irama Malaysia’ satu kehilangan besar industri muzik

- Rudy Imran Shamsudin, Amirul Haswendy, Ardini Sophia, Syafil Syazwan dan Najiy Jefry cnews@nstp.com.my

Segala kenangan, gurau senda dan didikan Pak Ngah akan tetap dalam ingatan. Selain arwah Adnan Abu Hassan, beliau antara individu yang saya mula-mula bekerjasam­a dalam menyanyika­n lagu-lagu tradisiona­l,” kata Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Siti ketika dihubungi berkata, dia masih ingat ketika Allahyarha­m bertindak sebagai pengarah bagi konsert pertamanya.

“Konsert sulung saya adalah arahan Pak Ngah. Kali terakhir kami bekerjasam­a ialah menerusi lagu raya berjudul Hari Kemenangan dua tahun lalu yang juga ciptaannya,” katanya.

Siti berkata, pemergian Pak Ngah adalah satu kehilangan besar buat industri muzik tanah air khususnya bagi lagu-lagu irama tradisiona­l.

Siti yang pernah mendendang­kan lagu ciptaan Allahyarha­m seperti Cindai, Sesuci Lebaran dan Nirmala berkata, karya Pak Ngah akan terus hidup walaupun tokoh seni negara itu sudah meninggal dunia.

Penyanyi lagu tradisiona­l, Noraniza Idris menyifatka­n Pak Ngah sebagai pejuang dan ikon kepada lagu-lagu irama Malaysia.

“Dia juga antara individu yang lantang bersuara memperjuan­gkan genre itu serta melindungi kami yang menyanyika­n lagu irama sedemikian. Semua orang akan dengar cakap dia sebab dia adalah ‘bapa irama Malaysia’.

“Saya anggap arwah seperti bapa sendiri. Segala teguran dan nasihat yang diberikan banyak membantu kerjaya dan perjuangan saya dalam memartabat­kan irama Malaysia dalam industri muzik tanah air.

Dia juga antara insan yang berjasa besar membentuk karier saya sebagai penghibur,” katanya.

Menurut Noraniza, sebaik menerima berita kematian Pak Ngah, dia terkejut dan meluahkan rasa terkilan kerana tidak sempat mengadakan konsert penghormat­an kepada Allahyarha­m dan berkonsepk­an irama Malaysia.

“Saya pernah kongsikan idea itu bersama arwah dan dia sanggup menghulurk­an bantuan tanpa sebarang balasan. Saya terkilan kerana Pak Ngah tidak sempat menonton konsert itu nanti sedangkan segala persiapan sedang dibuat dan konsert itu bakal diadakan pada tahun hadapan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SITI Nurhaliza anggap arwah sebagai bapa.
SITI Nurhaliza anggap arwah sebagai bapa.
 ??  ?? PAK Ngah beraksi bersama Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris pada persembaha­n pembukaan Konsert Pengenalan Irama Malaysia pada November 2016.
PAK Ngah beraksi bersama Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris pada persembaha­n pembukaan Konsert Pengenalan Irama Malaysia pada November 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia