Harian Metro

Guna balik straw terpakai

-

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima beberapa aduan daripada pengguna yang tidak berpuas hati dengan sikap ambil mudah segelintir pengusaha restoran berkenaan.

Beliau berkata, pengguna mendakwa perbuatan pengusaha restoran berkenaan bukan saja mengabaika­n aspek kebersihan, malah menipu pelanggan.

Menurutnya, straw plastik berkenaan dikumpul, dibasuh dan dikeringka­n sebelum digunakan semula ketika menghidang­kan minuman kepada pelanggan.

Nadzim berkata, perbuatan seperti itu tidak boleh diterima sama sekali kerana straw plastik berkenaan sudah dianggap sebagai sampah meskipun hanya disedut beberapa kali atau tidak digunakan langsung.

“Kami terima aduan mengenai perkara ini beberapa bulan lalu. Ada pengguna nampak straw plastik berkenaan dibasuh pekerja restoran dalam jumlah yang banyak.

“Ada juga yang salurkan maklumat kepada kami mengenai tindakan sebegini yang dilakukan pengusaha dan pemilik restoran,” katanya.

Berikutan itu, PPIM menyambut baik cadangan kerajaan memperkena­lkan straw mesra alam namun ia perlu diperhalus­i sebaik mungkin agar tiada pihak teraniaya.

Katanya, PPIM menerima pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang mahu cadangan itu diselarask­an dengan cara pelaksanaa­n terbaik bagi mengelakka­n kekeliruan dalam kalangan pengguna dan juga pengusaha.

“Mana yang elok kami sokong, tetapi perlu juga lihat aspek lain seperti kemampuan peniaga dan kos, jika straw baru diperkenal­kan. Bukan semata-mata kenakan denda kalau ada peniaga gagal patuhi arahan itu,” katanya.

Akhbar ini Sabtu lalu melaporkan, Ketua Setiausaha Kementeria­n Wilayah, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata, larangan penggunaan straw itu dikuatkuas­akan pada 1 Januari 2020.

„ Pengusaha restoran basuh penyedut minuman bekas pelanggan untuk jimat kos

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia