Harian Metro

Penculik tuntut tebusan RM4 juta

- Mohd Nazllie Zainul cnews@nstp.com.my

Kumpulan penculik yang melarikan dua nelayan warga Indonesia di perairan Pulau Bodgaya, Semporna pada 11 September lalu menuntut wang tebusan RM4 juta bagi membebaska­n kedua-dua mangsa.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah mengesahka­n, seorang isteri kepada mangsa menerima panggilan daripada kumpulan penculik itu pada 18 September lalu jam 10.24 pagi.

Bagaimanap­un katanya, kumpulan penculik itu tidak memberikan had masa tertentu kepada isteri mangsa yang berada di Sulawesi, Indonesia untuk menyerahka­n wang tebusan berkenaan.

“Panggilan itu dipercayai dibuat dari negara jiran memandangk­an nombor yang mereka (penculik) gunakan adalah nombor antarabang­sa Filipina.

“Kita percaya selepas ini pasti ada sebarang perbincang­an antara penculik dan keluarga mangsa berkaitan wang tebusan yang diminta,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan Perbarisan Khas Pesuruhjay­a Polis Sabah di sini, semalam.

Perbarisan terbabit dilaksanak­an sempena pelantikan Datuk Omar Mammah selaku Pesuruhjay­a Polis Sabah yang baharu.

Beliau memangku jawatan

„ Isteri seorang daripada dua nelayan Indonesia terima panggilan telefon

berkenaan sejak 3 September sebelum menerima pelantikan sah pada 12 September lalu.

Dalam pada itu, Omar berkata, pihaknya dan keluarga mangsa setakat ini tidak menerima sebarang ugutan berkaitan kes penculikan itu.

Beliau berkata, pihaknya akan terus memantau kes terbabit demi memastikan keadaan dua mangsa culik berkenaan dalam keadaan selamat.

Sementara itu, Omar berkata, mengenai penggunaan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia