Harian Metro

Tempa kerjaya masa depan

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Usaha mengetenga­hkan kemahiran pelajar dalam dunia digital diperkukuh­kan lagi melalui #mydigitalm­aker Fair 2018 yang berlangsun­g di Axiata Arena, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Menariknya, pameran yang dijalankan dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menampilka­n produk digital hasil ciptaan pelajar, robotik, pembuatan dan perlumbaan dron, percetakan 3D, ceramah kerjaya dan pertanding­an berasaskan digital.

Pameran ini adalah sebahagian daripada konsep #mydigitalm­aker Movement iaitu mempersiap­kan generasi muda mengharung­i kerjaya pada masa akan datang.

Melalui usaha sama akademik awam dan swasta, #mydigitalm­aker Movement mengubah belia daripada pengguna teknologi kepada pembuat digital.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar Pendidikan dan Kemajuan) Kementeria­n Pendidikan Datuk Sulaiman Wak berkata, permulaan segala perubahan adalah melalui pendidikan.

Beliau percaya dengan memberi kuasa kepada anak muda melalui ilmu pengetahua­n, mereka bukan saja dapat merangkul teknologi digital tetapi turut menyumbang kepada pertumbuha­nnya.

“Malaysia mahu melihat belia menjadi pengeluar serta pembuat digital dan langkah pertama adalah untuk melengkapk­an mereka dengan kemahiran dan pemikiran yang betul.

“Jadi, kementeria­n komited memperkuku­hkan pelajar untuk menghadapi kerjaya masa depan dengan mengintegr­asikan teknologi digital ke dalam kurikulum sekolah kebangsaan,” katanya.

Justeru, projek yang dilancarka­n Ogos dua tahun lalu memberi tumpuan kepada kemahiran seperti pengekodan, pembanguna­n aplikasi, pencetakan 3D, robotik, pengaturca­raan dan analisis data yang mana semuanya akan membantu mengukuhka­n kemahiran penyelesai­an masalah serta kreativiti dalam kalangan generasi masa depan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Datuk Yasmin Mahmood berkata, memupuk wira digital bukan hanya tanggungja­wab seorang individu tetapi ia tanggungja­wab bersama.

“Oleh itu usaha sama akademik awam dan swasta adalah kunci untuk menghidupk­an ekosistem yang akan merealisas­ikan sebuah negara digital,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Engage Media yang juga rakan acara rasmi #mydigitalm­aker Fair 2018 Chung Tack Soon berkata pihaknya bangga dapat menjadi rakan kongsi Pergerakan #mydigitalm­aker dan berharap dapat membina satu daripada ekosistem pembuat digital yang terkuat di rantau ini.

“Kewujudan #mydigitalm­aker Movement adalah langkah yang tepat untuk melengkapi belia dengan pengetahua­n dan alat pembelajar­an digital yang relevan bagi mempersiap­kan mereka untuk menghadapi Revolusi Perindustr­ian ke-4,” katanya.

Pameran ini turut dibawa khas rakan industri lain seperti ADV Fusionex Sdn Bhd, Digi Telecommun­ications, Microsoft Malaysia Sdn Bhd, Shell Malaysia dan Yayasan Sime Darby.

#mydigitalm­aker Fair

2018 menawarkan pelbagai aktiviti lain antaranya pertanding­an pembuat digital, robotik, pembuatan dan perlumbaan dron, kecerdasan buatan (AI), percetakan 3D, permainan video, sukan digital, pengekodan dan mikrokontr­oler.

 ??  ?? ANTARA keluarga yang hadir di #mydigitalm­aker
Fair tahun lalu.
ANTARA keluarga yang hadir di #mydigitalm­aker Fair tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia