Harian Metro

URUTAN MALAYSIA

Rawatan ditawarkan bukan saja kurangkan ketegangan fizikal tapi turut imbangi kesihatan badan, minda dan rohani

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Jika Indonesia terkenal dengan urutan Bali dan Thailand pula dengan urutan ikoniknya, negara kita boleh berbangga memiliki urutan Malaysia yang mula diperkenal­kan tahun lalu.

Kita cukup bertuah dilahirkan di negara ini yang terkenal kerana keharmonia­n dan kepelbagai­an bangsa serta budaya yang kini diserapkan pula dalam urutan.

Meskipun urutan Malaysia agak asing jika dibandingk­an dengan urutan Thai, Bali, Jawa dan banyak lagi tetapi itulah keunikan sebenar urutan tradisi yang boleh dibanggaka­n rakyat Malaysia apabila ia menjadi antara produk pelanconga­n baru negara.

Menariknya, urutan itu adalah gabungan pelbagai etnik kaum yang ada di Malaysia apabila seni urutan tradisi kaum masing-masing digabungka­n menjadi satu elemen terbaru dalam kemahiran urutan.

Perawatan yang mengambil masa 90 minit merangkumi rawatan refleksolo­gi, urutan kepala India, teknik pernafasan Qi Gong Cina dan rendaman kaki herba Malaysia.

Objektif rawatan ini untuk merehatkan diri dan mengembali­kan kesegaran menerusi pengalaman kesejahter­aan holistik dengan pelbagai teknik unik pelbagai bangsa dalam satu rawatan.

Teratak Spa Bangi antara yang melengkapk­an khidmat memanjakan diri dengan pakej rawatan ini dengan juruterapi terlatih.

Tambah menarik, spa yang terletak di Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi itu menyajikan dekorasi tradisiona­l menggunaka­n hiasan kayu dan batu sungai.

Suasana mendamaika­n itu juga ditambah dengan kehadiran wangian herba seperti serai dan pandan bagi menghidupk­an konsep yang dipilih iaitu Melayu Nusantara.

Susunan batu sungai menyusuri tepian pejalan kaki digabungka­n bersama konsep kayuan yang digunakan seolah-olah membawa diri ke kampung halaman bersama deruan air dan sinaran lilin aromaterap­i.

Pengunjung akan dibuai dengan alunan muzik tradisiona­l dan tusukan aroma wangian serai. Gabungan muzik, dekorasi indah dan aroma yang lembut memberikan satu perasaan yang tenang dan nyaman sebaik saja kaki melangkah masuk ke spa ini.

Dalam keasyikan menatap suasana tenang di sini, layanan mesra dan perkhidmat­an profesiona­l yang diberikan kakitangan spa ini sedikit sebanyak meredakan tekanan dan rasa penat pengunjung.

Lebih istimewa rawatan ditawarkan bukan saja mengurangk­an ketegangan fizikal, bahkan turut mengimbang­i kesihatan badan, minda dan rohani.

Menurut pemiliknya Norlaili Izzaty Mohd

Yusoff, teknik urutan Malaysia bukan saja tertumpu pada satu kaum semata-mata tetapi ia teknik urutan daripada kombinasi seluruh kaum di Malaysia yang mampu menjenamak­an nama Malaysia setanding teknik urutan lain seperti urutan Thai dan Bali ke pasaran luar negara.

Katanya, pelanggan yang mendapatka­n rawatan itu di spa disambut dengan minuman yang dibancuh khas daripada bunga roselle yang menyegarka­n.

“Selepas itu, pelanggan dibawa ke bilik rawatan dan rendaman kaki herba dimulakan. Gabungan daun pandan, bunga melur dan limau purut serta pupur kaki pelanggan direndam, disental dan dibersihka­n.

“Aroma menenangka­n daripada bungaan ditambah khasiat limau

purut bukan saja membantu melancarka­n peredaran darah pada kaki, melegakan sengal dan lenguh malah membangkit­kan ketenangan.

“Kemudian, terapis akan melakukan teknik pernafasan Qi Gong yang bertujuan membetulka­n pernafasan dan memberi kelegaan kepada pelanggan.

“Urutan kepala menggunaka­n kaedah Talei Piditel India pula dapat melegakan ketegangan dan tekanan sekitar leher, kepala dan bahu,” katanya.

Menurut Norlaili, urutan badan seterusnya merangkumi teknik urutan Melayu, Orang

Asli dan refleksolo­gi yang menyasarka­n keseluruha­n bahagian badan untuk melegakan kelesuan dan meredakan tekanan seterusnya mengembali­kan kesegaran badan.

Katanya, selain urutan Malaysia, pelbagai rawatan teraputik spa itu disesuaika­n untuk memenuhi keperluan individu, membawa keseimbang­an minda dan badan dalam persekitar­an yang tenang serta damai.

“Kesibukan tugas ditambah dengan hirukpikuk kesesakan kota sering membuat tubuh keletihan. Apatah lagi memegang status ibu berkerjaya, tidak mustahil berdepan stres hingga menjejaska­n kesihatan.

“Keadaan stres ini akan membuatkan tubuh semakin tegang dan ini perlu dimanjakan dengan rawatan spa. Namun, spa yang dipilih perlu disesuaika­n dengan keperluan tubuh memandangk­an terdapat pelbagai jenis spa yang ditawarkan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? 1
2
3
4
1 2 3 4
 ??  ?? 1. HERBA digunakan untuk rendaman kaki.
2. RENDAMAN kaki menggunaka­n bungaan dan limau purut membangkit­kan kesegaran tubuh.
3. TEKNIK pernafasan Qi Gong untuk meredakan tekanan.
4. URUTAN kepala melegakan ketegangan sekitar leher dan kepala.
5. URUTAN dimulakan di bahagian kaki.
6. URUTAN ‘tisu dalam’ menggunaka­n minyak kelapa melegakan otot dan anggota badan.
7. TEKNIK urutan Orang Asli menyasarka­n bahagian belakang badan.
7
6
5
1. HERBA digunakan untuk rendaman kaki. 2. RENDAMAN kaki menggunaka­n bungaan dan limau purut membangkit­kan kesegaran tubuh. 3. TEKNIK pernafasan Qi Gong untuk meredakan tekanan. 4. URUTAN kepala melegakan ketegangan sekitar leher dan kepala. 5. URUTAN dimulakan di bahagian kaki. 6. URUTAN ‘tisu dalam’ menggunaka­n minyak kelapa melegakan otot dan anggota badan. 7. TEKNIK urutan Orang Asli menyasarka­n bahagian belakang badan. 7 6 5
 ??  ?? 8
8. NORLAILI dibantu juruterapi terlatih beri khidmat terbaik untuk pelanggan.
8 8. NORLAILI dibantu juruterapi terlatih beri khidmat terbaik untuk pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia