Harian Metro

Rangkaian lengkap produk penjagaan kulit organik

-

Setiap individu mengingink­an kulit sihat, segar dan bebas daripada pengaruh bahan kimia. Dalam keadaan cuaca tidak menentu, risiko pencemaran udara, tekanan kerja dan kualiti alam yang kian membimbang­kan, ramai pengguna mula beralih kepada produk organik.

Bagi kebanyakan daripada kita, memilih produk berasaskan bahan organik bukan saja memelihara tubuh dan kulit untuk jangka masa panjang, tetapi turut memberi impak positif kepada alam sekitar.

Memenuhi keperluan dan keinginan pengguna, jenama organik dari Australia, A’kin tampil dengan rangkaian lengkap produk penjagaan kulit organik menggunaka­n bahan semula jadi terbaik dari sumber tumbuh dan diadun bersama minyak semula jadi.

Diasaskan pada 1987, A’kin bermula dengan rangkaian produk semula jadi sebelum memperkena­lkan pilihan penjagaan rambut pada 1994, diikuti produk penjagaan diri pada 2002.

Jenama ini menawarkan lebih 30 pilihan produk menarik yang memfokuska­n kepada kesihatan kulit wajah dan penjagaan rambut secara keseluruha­n.

Setiap satu daripadany­a mempunyai kelebihan merawat, memanjakan diri, lembut untuk kulit dan semestinya harum. Antara yang menjadi pilihan pengguna adalah Rosehip Oil, skrub wajah, krim siang dan malam, gel atau krim mata, pelbagai pilihan syampu mengikut keperluan serta kesesuaian pengguna.

Semua produk keluaran A’kin kini boleh didapati di rangkaian Guardian di seluruh negara.

 ??  ?? KETUA Bahagian Kecantikan Datta Shree Samantha Lim (kiri) dan Ketua Kesihatan Guardian Wong Vai Chi ketika pelancaran produk.
KETUA Bahagian Kecantikan Datta Shree Samantha Lim (kiri) dan Ketua Kesihatan Guardian Wong Vai Chi ketika pelancaran produk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia