Harian Metro

Haikal pilih pop country

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Bina identiti dengan genre sesuai dengan vokalnya

Tampil dengan lagu Demam Cinta, Haikal Farid tidak terikut-ikut dengan muzik arus perdana yang cenderung dengan genre balada.

Walaupun bimbang dilabel ‘syok’ sendiri, jejaka berusia 19 tahun itu memilih genre yang sesuai dengan vokalnya. Tambahan pula, jiwanya meminati pop country.

“Kebanyakan penyanyi sekarang lebih suka menghasilk­an lagu berentak perlahan atau balada. Namun, saya memilih membina identiti dengan genre pop country.

“Bukannya tidak mahu cuba nyanyikan lagu balada, saya tahu vokal saya masih belum cukup kuat untuk genre sebegitu. Tambahan pula, saya minat lagu rancak,” katanya.

Pun begitu, penyanyi yang masih menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta itu tidak menolak untuk membawakan lagu balada pada masa akan datang.

Single Demam Cinta ini dihasilkan Asfan manakala liriknya pula Fedtri Yahya berkolabor­asi dengan Asfan.

Menurut Haikal, di awal kemunculan dia mempertaru­hkan lagu yang dihasilkan kakaknya dan kali ini dia mahu bekerjasam­a dengan mereka yang lebih berpengala­man.

“Cubaan pertama kurang menjadi. Meski kurang dikenali, lagu itu memperkena­lkan saya dengan Asfan dan Fedtri.

“Asfan ada menyumbang­kan suara dalam Demam Cinta. Maklum balas untuk lagu ini jauh berbeza jika dibandingk­an dengan lagu pertama.

“Syukur, ramai yang suka. Saya berterima kasih kepada Asfan dan Fedtri kerana sudi membantu saya untuk lebih dikenali,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia