Harian Metro

Pengimport sisa plastik dinasihat patuhi kriteria baru

-

satu levi terhadap import sisa plastik sebanyak RM15 setiap tan. Ia akan dimulakan pada 23 Oktober dan pemohon perlu mematuhiny­a. Saya dengar ia (sisa plastik) adalah perniagaan yang menguntung­kan.

“Kami sudah mengadakan perbincang­an dengan pemain industri dan mereka seperti memberi gambaran bahawa mereka bersetuju dengannya. Kami sudah membincang­kan perkara ini dengan mereka sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Zuraida berkata demikian selepas mempengeru­sikan mesyuarat di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) apabila beliau menyentuh isu kilang haram memproses sisa plastik yang menyebabka­n pencemaran udara dan mengancam kehidupan penduduk tempatan.

Beliau berkata, pengenaan levi sedemikian belum pernah dilakukan sebelum ini dan bahan yang dibawa masuk itu tidak pernah diperiksa oleh pihak kastam.

“Kini, satu daripada kriteria ialah untuk AP itu selari dengan kebenaran yang diberikan pihak kastam. Saya meminta jabatan itu untuk lebih tegas dan ia akan menjadi faktor pemantauan kita.

“Sebab itu, dalam mesyuarat ini, ada maklum balas bahawa sisa plastik itu diimport dan diserahkan kepada kilang haram. Ini yang berlaku ketika ini jadi kita perlu lebih tegas,” katanya.

Sementara itu, Zuraida mendedahka­n terdapat 54 kilang memproses sisa plastik beroperasi di Kuala Langat dan hanya 13 yang berlesen selepas ia melalui proses pemutihan oleh kerajaan negeri.

 ?? Zuraida Kamaruddin ?? Kami akan mengenakan satu levi terhadap import sisa plastik sebanyak RM15 setiap tan. Ia akan dimulakan pada 23 Oktober dan pemohon perlu mematuhiny­a”
Zuraida Kamaruddin Kami akan mengenakan satu levi terhadap import sisa plastik sebanyak RM15 setiap tan. Ia akan dimulakan pada 23 Oktober dan pemohon perlu mematuhiny­a”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia