Harian Metro

Nyamuk bantu tangkap perompak Pisau dalam muka

- Agensi

Wisconsin (Amerika Syarikat): Seorang perompak terpaksa menyerah diri kepada polis selepas tidak tahan digigit nyamuk ketika melarikan diri dalam kawasan semak.

Menurut laporan WDJT-TV, suspek John Wilson memandu kereta bersama seorang suspek lain selepas mereka merompak sebuah kedai. Kereta mereka dikejar polis dan Wilson tiba-tiba menghentik­an kereta sebelum berlari keluar.

Malangnya, kawasan itu

(gambar),

memang diketahui banyak nyamuk, malah Ketua Syerif Thomas Dornbrook berkata, dia terus meminta racun serangga sebaik tiba di situ, lapor New York Post.

Tidak sampai sejam kemudian, Wilson tiba-tiba muncul menyerah diri kerana tidak tahan digigit nyamuk.

“Ketika kami menahannya dia meminta kami menggaru dahinya kerana ada 15 hingga 20 nyamuk hinggap.

“Jika tidak kerana nyamuk, mungkin dia berjaya menghilang­kan diri. Saya sempat mengusik anggota bertugas, mereka bernasib baik mendapat bantuan sejuta nyamuk untuk menangkapn­ya,” kata Dornbrook.

Fox News melaporkan, Wilson didakwa atas tuduhan melarikan diri daripada polis, mencuri dan menghalang penangkapa­n. Agensi

Seorang lelaki tidak menyedari satu bilah pisau sepanjang 10 sentimeter terbenam di dalam mukanya selepas dia ditikam ketika bergaduh dengan rakannya.

Lelaki berusia 25 tahun itu dilaporkan ditikam ketika bergaduh akibat mabuk dan bilah pisau itu hanya dikeluarka­n selepas empat hari kejadian berlaku.

Mail Online melaporkan, lelaki yang berasal dari Jo- hannesburg itu ditikam rakannya tetapi hulu pisau itu patah menyebabka­n bilahnya tertanam di muka mangsa.

Lelaki itu pada mulanya tidak menyedari bilah pisau berkenaan tertanam di mukanya dan pulang ke rumah selepas kejadian.

Bagaimanap­un, seorang rakannya meminta dia segera ke klinik selepas melihat kecederaan parah pada mukanya.

Lelaki itu pergi ke klinik di Germiston, timur Johannesbu­rg sebelum dirujuk ke Hospital Akademi Chris Hani Baragwanat­h selepas imbasan X-ray mendapati ada bilah pisau di dalam mukanya.

Dalam Laporan Kes di Jurnal Perubatan British, doktor memberitah­u bilah pisau itu tertanam di bahagian bawah mata kiri mangsa dan tidak bergerak kerana melekat pada tulang.

Mangsa memberitah­u doktor, dia hanya mengalami sakit kepala dan sakit ketika menggerakk­an mata kirinya.

Dr Dairui Dai dan pasukannya memberitah­u dalam jurnal berkenaan, lelaki itu

„ Lelaki tak sedar bilah terbenam empat hari selepas pergaduhan

terpaksa menunggu selama 24 jam sebelum dia dimasukkan ke dalam wad dan dua hari lagi untuk imbasan angiografi untuk melihat kecederaan pada saluran darah.

Sehari selepas itu baru dia menjalani pembedahan untuk mengeluark­an pisau berkenaan.

Menurut laporan berkenaan, pakar bedah menjahit mata lelaki itu untuk mengeluark­an pisau berkenaan dan tiada saluran darah utama yang pecah ketika prosedur rumit berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia