Harian Metro

Lepasi halangan

- AFP

„ Caroline, Angelique tiada masalah tewaskan pencabar

Pemain nombor dua dunia, Caroline Wozniacki dan juara Wimbledon, Angelique Kerber melepasi halangan awal di Terbuka Wuhan, China, semalam.

Juara Terbuka Australia, Caroline yang mendapat bye di pusingan pertama tiada masalah menewaskan pemain ranking ke-61 dunia dari Sweden Rebecca Peterson 6-4, 6-1 untuk mara ke pusingan ketiga menentang juara Olimpik Monica Puig yang mudah mengatasi cabaran Aliaksandr­a Sasnovich 6-2, 6-2.

Rebecca hanya berupaya memberi tentangan pada set pertama, mematahkan servis Caroline pada kedudukan 5-2 tetapi mulai layu selepas pemain Denmark itu yang tewas aksi pembukaan Terbuka Pan Pacific Jepun minggu lalu kembali temui momentum dalam misinya meloloskan diri ke Final WTA yang dimenangi tahun lalu.

Pemain nombor tiga dunia, Angelique yang sudah pun layak ke final yang berlangsun­g bulan depan di Singapura mara selepas lawannya Madison Keys dari Amerika Syarikat menarik diri akibat kecederaan lutut.

Pemain Jerman itu meraih kemenangan mudah ke atas lawannya yang mara ke separuh akhir Terbuka AS 2017 apabila mendahului 6-0, 4-1 sebelum Madison gagal meneruskan permainan.

Angelique yang boleh kembali merampas takhta nombor satu dunia jika meraih kejuaraan berkata dia tidak kisah dengan ranking.

“Bagi saya yang lebih penting ialah beraksi dengan baik, nikmati permainan setiap saat,” kata Angelique.

“Kita tunggu apa terjadi pada penghujung tahun.”

Pemain nombor satu dunia yang juga juara Terbuka Perancis Simona Halep beraksi dalam satu lagi perlawanan menentang Dominika Cibulkova.

Sembilan daripada sepuluh pemain terbaik dunia menyertai Terbuka Wuhan yang bernilai $2.7 juta (RM11.16j). Juara Terbuka AS Naomi Osaka menarik diri akibat masalah kesihatan selepas tewas pada final Terbuka Pan Pacific, Ahad lalu.

Enam slot Final WTA di Singapura bulan depan menjadi buruan dengan hanya Simona dan Angelique yang sudah mengesahka­n tempat.

Pemain ranking ke-6 Elina Svitolina menjadi mangsa terbesar di Wuhan setakat ini apabila pemain Ukraine itu tewas 6-4, 2-6, 6-1 di tangan pemain Belarus, Aryna Sabalenka yang menduduki ranking ke-20.

 ??  ?? ANGELIQUE
ANGELIQUE
 ??  ?? CAROLINE
CAROLINE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia